Khamis, Januari 06, 2011

SEBIJI EPAL..... Mahkota seorang gadis......

Indah sungguh cuaca pagi itu...Angin bertiup lembut...sejuk sahaja dengan sinaran mentari yang seakan-akan begitu memahami.....Tapi sayang , suasana tersebut tidak dapat memadamkan kegelisahan hati sebiji epal yang berada nun di puncak...... Semenjak seminggu yang lalu epal itu asyik berfikir, Kenapa aku tidak dipetik orang?....Kulitku licin mulus...warna merahku bersinar-sinar...sesiapa yang melihat diri ku sudah pasti akan terliur...pastinya akan terbayang kemanisan rasaku dan keranggupannya... Tapi, kenapa aku masih tidak dipetik orang.... Epal tersebut memandang ke bawah dan merasa hairan dengan manusia-manusia yang hanya memilih rakan-rakannya yang berada di bawah sana...Epal tersebut bingung memikirkan kenapa rakan-rakannya yang telah pun disentuh dan dibelek-belek menjadi perhatian,bukan dirinya yang masih belum disentuh dan tercemar... Apa kurangnya diri ini?.... Buah epal itu mula merasa kecewa dan murungnya tidak tertanggung lagi...lalu, pada suatu pagi...buah epal ini pun menggugurkan buahnya ke tanah...tujuannya cuma satu supaya ada manusia yang akan mengambilnya dan merasai keenakannya....Apabila sudah berada di bawah..hati epal tersebut tersangat gembira.... Malangnya, penantiannya masih juga tidak berkesudahan...tiada seorang manusia pun mengambilnya... Akhirnya kegembiraan yang dirasai tadi bertukar kepada kerisauan dan kesedihan... Siang berganti malam, hari berganti minggu...namun, buah epal ini masih lagi tidak diambil manusia...akhirnya, buah eoal ini busuk di atas tanah dan hanya menjadi habuah ulat dan serangga perosak... Sebenarnya , kisah ini saya terbaca didalam sebuah buku dan saya olah semula supaya mudah untuk difahami...saya rasa sebiji epal ini seumpama seorang gadis...buah yang berkualiti selalunya berada di puncak dan susah untuk dipetik...sementara buah yang tidak berkualiti pula amat mudah dipetik dan banyak berguguran di tanah... Mahkota seorang gadis adalah sifat malu....Apabila hilang sikap malu maka hancurlah maruah diri gadis tersebut....Mereka sanggup menjatuhkan maruah mereka supaya dapat dijamah orang seperti rakan-rakannya yang lain...Akhirnya, tiada gadis yang suci dan mulus, disekeliling kita.... Jadi, sebagai seorang gadis...kita mestilah menjaga sikap dan keperibadian kita supaya kita tidak akan mudah hanyut dalam godaan syaitan....

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...