Khamis, Januari 20, 2011

Jemput-jemput Udang Geragau...

Pagi ni, bangun tidur saja..dah termenung...nak buat sarapan apa yea untuk anak-anak saya... Buka sahaja peti sejuk, emmmm ada udang geragau ( anak-anak udang tak cukup umur ).... Udang geragau ni selalunya dibuat belacan...kalau kita pergi ke pasar, kadang-kadang udang yang dijual berwarna putih dan kadang kala berwarna merah2 sikit... 

 Saya selalunya, suka membeli udang geragau basah yang berwarna putih.. udang geragau basah yang berwarna kemerahan tu saya tidak suka membelinya kerana kalau kita masak..akan terasa gatal sahaja tekak kita.... 

 Jemput-jemput? Jemput-jemput sama sahaja dengan cucur...kadang-kadang di kampung, orang memanggil cekodok...( org jawa kot ).. Nak buat jemput-jemput ni pun senang je...kadang-kadang saya tengok juga resepi dalam blog orang lain...tapi tidak sama dengan resepi keluarga saya....lebih lembut( pada pendapat sayalah...) Ini hasilnya jemput-jemput udang Geragau pagi cuti Thaipusam ini..

Hari ni, saya nak kongsi resepi jemput-jemput udang geragau, sarapan kegemaran anak-anak saya... 

Bahan- bahannya ialah ; -
Udang Geragau basah ( ikut suka nak masukkan berapa banyak..lagi banyak lagi sedap ) 
Tepung gandum ( jangan banyak sangat, nanti udang tak rasa dan keras pulak )
lada blander dalam 2 sudu besar ( kalau nak lebih pedas masukkan banyak sikit ) 
bawang merah ( potong halus-halus ) 
daun kucai ( potong sedang-sedang, boleh ganti dengan daun bawang )  
telur 1 biji ( kdg2 org guna soda bikarbonat..tapi saya tak suka sebab ia menyerap banyak minyak..)
garam
air suam 

 Cara-caranya... 
 1) mula-mula ambil udang geragau basah tu masukkan dalam mangkuk besar,masukkan tepung, lada blander, bawang, daun kucai, telur dan garam... 
 2) Gaul sehingga sebati. 
 3) Selepas tu, barulah masukkan air suam dan gaul lagi.
 4) Goreng dengan menggunakan api yang sederhan sehingga kekuningan...Selalunya saya tunggu sampai lapisan luarnya garing sedikit.. 

 Hidangkan dengan sos cili..emmm sedap... Ada banyak cara untuk membuatkan supaya jemput-jemput ni jadi sedap... saya suka menggunakan telur kerana jemput-jemput akan menjadi lebih lembut dan sedap...Kalau kita menggunakan soda bikarbonat, sedap jugak..tapi cepat muak kerana ronga-ronga tepungnya menyimpan minyak...

 Kalau membuat jemput-jemput pisang, saya tidak menggunakan telur cuma air suam sahaja.. kadang-kadang saya campurkan soda bikarbonat supaya bentuknya menjadi bulat-bulat yang cantik... Saya baru praktikkan menggunakan air suam..kata kawan-kawan saya, petua ini boleh melembutkan lagi jemput-jempu kita... memang benar...lembut...

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...