Bertemu lagi dengan catatan yang mungkin ketinggalan, namun mahu juga saya abadikan untuk kenangan kami sekeluarga di blog ini..
Mungkin memang bukan rezeki saya untuk pergi ke Legoland semasa lawatan yang dikendalikan oleh sekolah saya..Yealah..kalau sekolah yang kendalikan, sudah semestinya saya akan dapat masuk percuma..Ini kerana jika kita membawa seramai 40 orang pelajar, guru pengiringnya sudah semestinya 4 orang..
Tahun lepas sahaja, unit bimbingan dan kaunseling sekolah saya banyak mengendalikan sesi lawatan ke Legoland..mungkin salah satu sebabnya ialah untuk meredakan emosi pelajar..
Tahun lepas juga, nama saya 3 kali naik...bukan naik apa tapi sebab dicalonkan menjadi guru pengiring ke Legoland.. Namun setiap kali nama saya diberikan kepada pihak pentadbir, setiap kali itulah nama saya akan di'reject'... Ini semua kerana saya mengajar kelas PMR..tidak dibenarkan keluar..
Jadi saya pun menunggulah hingga selesai PMR...namun malang bagi saya sebab tidak dapat juga pergi kerana bertindan dengan tugas saya semasa itu... punyalah saya sedih.. ( itu pun nak sedih kan???...legoland aje...hi hi hi )
Akhir tahun lepas, saya berusaha untuk pergi juga dengan membawa anak-anak saya..Dengan berbekalkan 2 kupon yang diperoleh dari pembelian biskut Oreo...maka saya dapat berjimat sebanyak RM180.00..jimatkan...Lebih menggembirakan kami, bila saya mendapat 5 tiket percuma untuk bulan Januari...double2 gembiranya sebab boleh pergi lagi...
Dapatlah saya jejakkan kaki ke Legoland..dan dapatlah saya membawa anak-anak saya waktu cuti sekolah akhir tahun lalu..
Gambar dahulu sebelum naik ibu naga yang besar..
Inilah budak yang paling suka pergi sini..
dua anak dara saya yang memang suka sangat sampai dua 'round' naik bendalah ini..
Tetiba terjumpa dengan 3 budak hijau ni...terkejut sebab mereka adalah pelajar sekolah saya..sebelah saya tu tunggu PMR dan dua lagi tu tingkatan 2..sekarang tingkatan 3lah...
2 orang anak dara saya yang lebih 'exited' daripada adik-adik dia...
Mungkin kawasan terlalu besar dan permainan terlalu banyak, masa tidak mencukupi..lebih-lebih lagi dengan keadaan cuaca yang hujan pada lewat petang tidak membenarkan semua permainan bergerak..kami terus balik ke rumah..
Akhir bulan Januari lepas, saya pergi lagi ke sana..kali ini saya membawa seorang lagi anak dara saya yang balik bercuti belajar dan seorang sepupu anak-anak saya aka anak saudara sayalah yang sedang menunggu keputusan SPM..
Lagi sekali, saya menggunakan hanya satu kupon OREO..saya hanya membayar RM140.00 untuk saya dan anak kecil saya...yang lain FREE..
Perkara wajib sebelum masuk ke Legoland...bergambar dahulu...
macam betul-betul bandar di belakang tu...kereta dan bas kecik2 tu bergerak jugak..LRT yang ada pun bergerak mengikut laluannya..seronok anak saya dua orang ini..
Macam di KL saja...
Tak cukup sekali naik kenderaan ini..berulang-ulang kali...
suka hatilah anak-anak..ini hari awak...
Cukuplah cerita saya kali ini...cerita lama namun baru nak tulis sekarang...pintu pun dah ditutup..cerita pun sudah habis...
Bagi yang belum pergi tu..bolehlah pergi..tidak kira muda ke...tua ke...semua permainan boleh sahaja dicuba cuma hendak atau tak nak sahaja..
Semoga berjumpa lagi...
Wassalam..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan