Malangnya, saya tidak berkesempatan untuk melawat suami puan sebab saya perlu menyiapkan jadual waktu sekolah sesi pagi yang sudah tertangguh selama seminggu..
Bila mendengar berita kematian suami puan itu, rasa macam terkilan sahaja kerana tidak sempat meluangkan masa melawatnya hari itu.. Hati ingin benar menziarahi..namun jenazah telah dibawa balik ke kampung halaman di pontian pula...begitulah wasiat arwah yang mahu dikebumikan di sana..
Nasib baik ada kawan yang menghantar gambar dan dapat meredakan perasaan ini..
Alhamdulilah, sudah disempurnakan...
Takziah kepada puan pengetua kita, Pn Hjh Zainab binti Laimang . Semoga roh arwah suami beliau tenang di sana...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan