Biasalah yea, kalau nak buat majlis Maulidur rasul...tidak sah kalau tidak menumbangkan seekor lembu...
Bila dah menumbangkan seekor lembu, siapa pula yang melapahnya...siapa pula nak menyiapkan bumbunya...
Kalau dah namanya sekolah , sudah pasti orang-orang nya para guru dan pelajarnya juga...
Seronok juga datang rewang ni..dapat mengeratkan lagi tali persaudaraan sesama cikgu...
Macam saya ni, duduk di taman perumahan..bukan di kampung...jadi budaya rewang amat kurang..
Jadi inilah masanya untuk merasai situasi sebegini..
Inilah lembu yang mahu ditumbangkan... hasil sumbangan wajib seorang cikgu RM50 sorang..Mahal jugaklah harga lembu ini ..RM3300.00.. kalau kat kampung mungkin murah lagi..
Seawal 2 petang, ramai guru sudah mula merewang...para pelajar yang sukarela juga sanggup datang membantu...alhamdulillah..
Kalum lelaki memang kena kerja berat...melapah daging lembu..
Guru perempuan biasalah...buat kerja yng mudah sahaja...
Malamnya, kami dipelawa juga lagi ke sekolah untuk merasai sup pulak...makan bersama dengan roti...sedap...
Ini pula kerja pukul 11 malam tadi...bersungguh betul mereka ini...melipat pamphlet untuk majlis esok..
sangat bekerjasama... Inilah semangat kerja berpasukan..
Malangnya, petang tadi sedang saya terlalu sukanya memotong lada besar, boleh pula saya terpotong ibu jari sendiri..sampai hilang sedikit kulitnya...darah buka main lagi banyaknya..
Mula-mula, ingatkan hanya sedikit sahaja lukanya..tapi cuak juga bila darah tidak henti-henti mengalir..banyak tisu digunakan...
Nasib baik ada seroang pembantu kantin itu membantu... diambilnya serbuk kopi untuk berhentikan darah..sangat pedih memang tidak tahu hendak di cakap...tetapi darah tetap tidak mahu berhenti...
Kemudian diambilnya jari saya, dihisapnya darah tersebut lebih kurang 3 minit...terkejut saya dengan tindakan spontan dia...namun darah tetap juga tidak berhenti mengalir..besar sangat luka ini..
Dia suruh cari bawang putih tumbuk dan lekatkan di tempat luka...tetap darah mengalir juga... akhirnya, diambil pula halia tumbuk dan dibalut dengan kain...bila sudah dibalut dengan kain, kuranglah sedikit pendarahan...
Cuai...itu sahaja yang boleh dikatakan...biasalah, bila rewang sebegini, buat kerja sambil berbual dan ketawa..inilah jadinya..lagi-lagi bila pisau yang digunakan baru sahaja dibeli dari kedai.. lagilah tajam..
Memang menjadi pengalamanlah rewang kali ini...mudah-mudahan luka ini tidak memudaratkan..
sebab esok saya hendak menyertai majlis Maulidur Rasul tu...
Insya Allah..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan