Isnin, Ogos 06, 2012

Rezeki Bulan Ramadhan Untuk Mak..

Alhamdulillah ..syukur kepada Allah

Semalam petang, mak saya menerima bantuan kerusi roda ..Ini semua atas usaha adik ipar saya yang sangat aktif dalam kelab keretanya iaitu Kelab Royal Star. Bantuan ini juga atas kerjasama pasaraya besar Carefore dan Pemuda UMNO cawangan Kangkar Tebrau, Johor Bahru, Johor.

Kebetulan pula, mak saya masih kurang sihat...kesan penyakit kencing manis pada kakinya pun belum sembuh lagi..ditambah pula dengan masalah penglihatannya yang semakin berkurangan...



Minggu depan, emak saya akan menjalani pembedahan mata di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru..Jadi senanglah kami menghantarnya dengan menggunakan kerusi roda..





Semoga pembedahan ini akan memulihkan penglihatan mak saya..dan kami boleh berhari raya dengan gembira..

2 ulasan:

teratai berkata...

Semoga mak cikgu siti semakin sihat n pembedahan mata berjalan lancar...amin

JunAina berkata...

Semoga emak cepat sembuh dan cepat sihat dalam doa anak2 dan cucu2nya.

Rezeki ALLAH itu sangat luas...alhamdulillah...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...