Ahad, September 23, 2012

Cerita Tentang Tingkap Jauhari...

Salam pagi Ahad semua...

Sudah lama rasanya  saya berada dalam dunia pendidikan, namun semalam saya rasa ilmu saya masih kurang..Ini semua gara-gara perbincangan saya mengenai sahabat yang boleh berkongsi rahsia dan segala-galanya dalam ruangan 'facebook'...

Melalui perbincangan tersebut, terungkap tentang 'Tingkap Jauhari'...dan pagi ini saya berusaha untuk merungkai mengenai tingkap ini..

Barulah saya tahu bahawa teori tingkap jauhari ini diilhamkan oleh  Josept Luft dan Harrington Ingham..Gabungan daripada nama kedua-dua orang inilah yang membentuk nama Joharri atau JAUHARI...




Sebenarnya, tingkap ini berguna untuk kita memahami diri kita sendiri tika kita berinteraksi dengan orang lain.

Tingkap 1  mewakili diri kita yang mana kita tunjukkan kepada orang lain dan semua ini tidak mengancam kita.. seperti berkongsi nama, keluarga dan lain-lain..

Tingkap 2 pula mewakili diri kita yang mana kita tidak tahu atau sedari tetapi  orang lain tahu atau sedar tentang  diri kita ini..Contohnya, cara cakap kita yang kasar, jelingan mata kita , cara berjalan, dan lain-lain lagi.. Kita berperasaan yang kita ini tidak menyakitkan hati orang namun orang lain berperasaan sebaliknya..

Tingkap 3 pula mewakili diri kita yang mana kita tidak mahu apa-apa perkara yang berkaitan kita diketahui oleh orang lain..kita cuba merahsiakan segala-galanya. kita akan terasa terancam jika rahsia kita diketahui dan akan membuka rahsia apabila berjumpa dengan orang yang benar-benar dipercayai..

Akhir sekali tingkap 4 mewakili tentang diri kita yang kita tidak ketahui..Orang lain juga tidak mengetahuinya juga..Hanya Allah sahaja yang mengetahui..

Melalui pembacaan saya di sini, saya dapati bahawa tingkap-tingkap ini boleh membesar dan mengecil mengikut interaksi kita dengan orang lain...

Jadi,  letakkan diri anda disalah satu tingkap tersebut dan cubalah fahami diri anda sendiri....

Wasalam

















2 ulasan:

Unknown berkata...

terima kasih berkongsi cikgu

saya kena fahami supaya saya lebih faham..
skrang masih blur.. tapi saya tau sedikit dan faham banyak sedikit. heheheh

NUR berkata...

Nak letak kat tingkap mana satu ye?.. Tq share..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...