Sudah lama rasanya saya berada dalam dunia pendidikan, namun semalam saya rasa ilmu saya masih kurang..Ini semua gara-gara perbincangan saya mengenai sahabat yang boleh berkongsi rahsia dan segala-galanya dalam ruangan 'facebook'...
Barulah saya tahu bahawa teori tingkap jauhari ini diilhamkan oleh Josept Luft dan Harrington Ingham..Gabungan daripada nama kedua-dua orang inilah yang membentuk nama Joharri atau JAUHARI...
Sebenarnya, tingkap ini berguna untuk kita memahami diri kita sendiri tika kita berinteraksi dengan orang lain.
Tingkap 1 mewakili diri kita yang mana kita tunjukkan kepada orang lain dan semua ini tidak mengancam kita.. seperti berkongsi nama, keluarga dan lain-lain..
Tingkap 2 pula mewakili diri kita yang mana kita tidak tahu atau sedari tetapi orang lain tahu atau sedar tentang diri kita ini..Contohnya, cara cakap kita yang kasar, jelingan mata kita , cara berjalan, dan lain-lain lagi.. Kita berperasaan yang kita ini tidak menyakitkan hati orang namun orang lain berperasaan sebaliknya..
Tingkap 3 pula mewakili diri kita yang mana kita tidak mahu apa-apa perkara yang berkaitan kita diketahui oleh orang lain..kita cuba merahsiakan segala-galanya. kita akan terasa terancam jika rahsia kita diketahui dan akan membuka rahsia apabila berjumpa dengan orang yang benar-benar dipercayai..
Akhir sekali tingkap 4 mewakili tentang diri kita yang kita tidak ketahui..Orang lain juga tidak mengetahuinya juga..Hanya Allah sahaja yang mengetahui..
Melalui pembacaan saya di sini, saya dapati bahawa tingkap-tingkap ini boleh membesar dan mengecil mengikut interaksi kita dengan orang lain...
Jadi, letakkan diri anda disalah satu tingkap tersebut dan cubalah fahami diri anda sendiri....
Wasalam

