Salam pagi Ahad..
Uban..
Rambut putih yang menunjukkan umur seseorang... betul ke???
Biar pun ramai beranggapan sebegitu, namun sebenarnya banyak faktor mengapa uban hinggap di halaman kepala kita..
Jika uban berada di rambut orang muda, kita akan beranggapan bahawa rambut mereka bermasalah atau berpenyakit.. jik orang yang berumur seperti saya ini..bagaimana?
Entry saya kali ini bukanlah hendak mengkaji tentang faktor atau punca tumbuhnya ubah di kepala seseorang.. cum saya rasa terpanggil berkongsi ilmu yang ada dalam diri saya sendiri..
Mungkin untungnya seorang wanita yang bertudung..orang tidak akan nampak sama ada kita sudah berubah ataupun tidak..lainlah benar dengan penampilan lelaki..jelas-jelas uban terpancar dan berkilat di celah-celah helaian rambut mereka..
Sebab itulah lelaki ramai yang memotong rambut pendek atau memakai gel rambut yang tebal untuk menutup keputihan rambut mereka itu...itu pendapat sayalah..jangan marah jika ada yang terasa...
Melalui pengalaman saya..dalam umur yang sebegini, saya masih tidak ditumbuhi uban yang banyak..saya yang lahir tahun 1969 ini..alhamdulillah, masih lagi boleh dikira dengan jari uban yang pernah dicabut dari kepala saya.. cabutlah juga sebab gatal dan nampak di cermin...
Bila saya fikir-fikirkan semula..ternyata apa yang saya amalkan semasa remaja dahulu mungkin salah satu faktor rambut saya kurang beruban..
Dahulu, kami tidak mampu untuk membeli syampo rambut..masa tahun 1980-an dahulu, harga syampo terasa sangat mahal.. maka saya selalu membasuh rambut dengan sabun cap kapak atau sabun mandi buku..jika ada serangan kelumumur, saya akan basuh atau lumur dengan hirisan limau nipis..masa tu tidak pernah pula saya membaca apa-apa petua..
Tapi yang kerap saya buat ialah sebelum tidur saya suka melumur rambut saya dengan pati santan..macam mana nak dapatkan pati tu???
Mula-mula saya akan ambil perahan santan kelapa..selepas tu saya biarkan lama sedikit sehingga patinya berada diatas sementara air berada di bawah.. patinya tulah saya akan pakai dan melumuri rambut saya semalaman dengan membungkus rambut saya dengan tuala..keesokkan paginya, saya akan basuh rambut saya..
Sebenarnya, saya amalkan pati santan ini kerana saya ingin lebatkan rambut saya..yealah orang dulu-dulu kan suka berambut panjang mengurai..jadi hendak rambut yang lebat , saya pun amalkan petua ini..tidak sangka pula bila sudah tua ini, rambut saya tidak banyak uban..
Namun, sejak dua menjak ini..saya rasa faktor bahan kimia dalam syampo rambut yang pelbagai jenama ini juga mempengaruhi pertumbuhan uban ini.. betul tak??
Bagi yang muda lagi tu..cubalah petua ini..rasanya ramai yang tahu dan telah mencubanya..
Berbaloi...
Wasalam..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan