Sabtu, Februari 05, 2011

Fakta menarik tentang filem Hindustan...

Petang tadi, saya tertengok filem Hindustan bertajuk Fanaa atau dalam melayunya Cinta yang musnah...kalau tak silap sayalah... Heronya ialah Amir Khan , pelakon pujaan saya masa dekat universiti dulu dan heroinnya pula ialah Kajol...pelakon pujaan ramai jugak... Best jugalah cerita tersebut walaupun saya tengok permulaan cerita dan akhir cerita sahaja...Ini kerana awal cerita saya berada di rumah kakak saya di Kg Temenin Baru, Kota Tinggi dan saya lihat pula akhir filem tersebut di rumah emak saya di Felda Air Tawar 5, Kota Tinggi.

Tetapi di sini, saya ingin kongsikan tentang sedikit fakta yang agak tak masuk akal di dalam filem-filem Hindustan dan Tamil.. Saya baca info ini dalam majalah mastika....

Fakta menarik tentang filem hindustan @ Tamil ialah:-

1. Heronya langsung tidak menunjukkan kesakitan walaupun ditumbuk dan dipukul bertalu-talu oleh musuhnya, tapi bila si heroin cuba mencuci lukanya itu, terus aja.."ädih, adiiiiih!"

2. Hero tidak boleh jatuh cinta pada heroin atau horein tidak boleh jatuh cinta dengan hero kecuali selepas mereka menari di dalam hujan!.

3. Mekap horein takkan luntur sekalipun badanya basah kuyup ditimpa hujan dan ribut petir.

4. Sepasang kekasih menari di tengah padang yang luas terbentang, tapi eh...tiba-tiba saja ada 100 orang lelaki dan perempuan muncul di belakang mereka, terus menari mengikut rentak dan gerak yang sama..Misteri betul...dari mana datangnya 100 orang itu?

5. Di akhir filem, sang hero mendapati penyangak yang dimusuhinya selama ini adalah abangnya sendiri, orang gaji yang memanjakannya adalah emaknya, ketua inspektor polis ( inspektor sahab ) adalah bapanya, pendakwa raya adalah sepupunya, hakim adalah bapa saudaranya...begitulah seterusnya, seterusnya dan seterusnya..

6. Dalam setiap filem mesti sebut perkataan-perkataan Inggeris ini iaitu No Problem!, My God!, Get Out!, Shut-up!,Impossible!,Please fogive me! dan perkataan-perkataan itu mesti disebut dengan kuat...

7. Sepasang kekasih boleh bergolek-golek-golek dan bergolek di atas tanah sambil menyanyi tapi tiba-tiba bangun dengan pakaian yang lain pula!.

8. Mereka boleh berlari keliling pokok kelapa, berkejar-kejaran di atas bukit sambil menyanyi, bertentang mata, menjeling-jeling dan tukar pakaian dalam waktu yang cukup singkat tanpa menunjukkan rasa penat!.

Wassalam...

2 ulasan:

ab@h_Izz berkata...

nasi tambah:
-hero hindustan selalunya takkan mati....
-sound effect masa gaduh memang superb..
-selalu memang tengok separuh jalan..lama sangat nak habiss

Tinta Emas berkata...

abahizz: memang mcm gtulah cerita hindustan....bnyak lagu sbb tu pjg sgt film tu...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...