Ahad, Februari 06, 2011

APABILA ANDA....


prettygreeting

Apabila semuanya serba tidak kena, dan anda tidak tahu apa lagi yang hendak dibuat, ingatlah...anda masih boleh bersandar kepada Dia Yang Maha Mengasihi...

  • Apabila hidup diselubungi kegelapan, semuanya silap, carilah sinar itu dari Dia Yang memberi Cahaya.

  • Apabila dibelenggu masalah sedangkan tiada sesiapa pun yang mahu mengambil kisah, ingatlah pada Dia yang pernah melukakan hati mu..Dia Maha Adil..

  • Apabila hati terluka dan kesakitan itu menumbangkan kudratmu,jangan berputus asa kerana Dia melihat segala-galanya..

  • Apabila lemah tidak bermaya sedangkan perjalanan masih jauh perlu diharungi, carilah kekuatan itu dari Yang Maha Perkasa.

  • Apabila hidup ini dirasakan seperti beban, segala-galanya goyah, bangunlah semula kota semangat itu dengan keyakinan bahawa itulah iradatnya..

  • Apabila jalan di depan digelapi mendung sedangkan tiada sesiapa di sisi sudi menemani mu, carilah jalan lurus itu dari Dia, yang menjadi satu-satunya panduan hidup.

  • Apabila semua orang disekeliling tidak mahu mendengar suara dan keluhanmu, jangan kecewa kerana Dia Maha Mendengar.

  • Apabila miskin dan papa, anda terperangkap dalam kesepian, ingatlah kepada Dia Yang Maha Kaya.

  • Apabila engkau dalam kedukaan sedangkan tiada tempat untuk melarikan diri, mengadulah kepada Dia Yang Satu.

  • Apabila keseorangan dan kedukaan itu seperti tiada penghujungnya, serahkan dirimu kepada Dia...satu-satunya tempat yang boleh digantung harapan.

  • Dan apabila parut lukamu dicederakan lagi, hatimu dicakari kebimbingan, ingatlah bahawa Dia sentiasa bersama orang-orang yang sabar..

Wassalam

7 ulasan:

suzieapai berkata...

semua yg berlaku adalah dgn izin NYA.. kesulitan yg di terima pasti ada hikmah tersembunyi....

Ze_Mhis berkata...

setuju.. allah beri kesusahan dan ujian sebagai tanda Beliau sayangkan kita.

Encik MamaT berkata...

hidup mesti berlandaskan agama agar kita tidak melampau batas.. :)

nur berkata...

Betul tu cikgu.. KepadaNya tempat bersandar..
Jemput ke:ALL IN ONE

Tanpa Nama berkata...

apapon, semua dalam kehidupan ini, akhirnya kepada DIA jugalah segalanya kembali... pengetahuan kita terbatas kan... Hanya DIA yang lebih tahu

Tanpa Nama berkata...

apapon, semua dalam kehidupan ini, akhirnya kepada DIA jugalah segalanya kembali... pengetahuan kita terbatas kan... Hanya DIA yang lebih tahu

Tinta Emas berkata...

memang byk masalah yg saya hadapi sekarang...dan akhirnya saya berbalik kepada yg satu sahaja...baru tenang...Insya Allah

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...