Rabu, Jun 01, 2011

Kampung Halaman Sedang Menunggu....

Hari ini hari terakhir kelas tambahan di sekolah saya, sudah pasti ramai cikgu-cikgu yang berduyun-duyun pergi ke Larkin naik bas untuk pulang ke kampung halaman. Begitu juga dengan cikgu-cikgu yang punya kenderaan, sudah pasti petang ini juga bertolak ke destinasi masing-masing.

Hari ini juga hari terakhir untuk sesi peluk cium bersama cikgu-cikgu yang akan berpindah..Sudah mesti ada sesi tangis tangisan..

Malam nanti pula, saya akan "mengepos" anak-anak perempuan saya, Adhwa dan Afiqah balik ke Kelantan. Ini merupakan pengalaman pertama mereka pulang ke kampung dengan menaiki bas. Di sana, pak cik mereka akan menunggu mereka. Cuak juga untuk mengepos mereka, namun untuk memberikan mereka pengalaman jadi saya teruskan juga.

Sementara saya pula akan bertolak ke Kelantan pada esok pagi. Sebenarnya, kereta saya punyai masalah enjin pada minit-minit terakhir ..( masa buat servis baru tahu) Jadi saya terpaksa menggunakan kereta suami saya yang kecil sedikit daripada kereta saya. Jadi untuk keselesaan, saya poskan 2 orang anak perempuan saya yang telah besar terlebih dahulu..

Bila saya dah berada di Kelantan, harap maklumlah bahawa saya agak sukar untuk berblog.Mungkin selama seminggu ni, saya akan berehat daripada dunia blog ini..Tapi mungkin sahaja...Kalau adik ipar saya ada BB, mungkin saya akan pinjam kot... Mana boleh tinggalkan blog saya bersawang...rindu sangat-sangat...

Kepada mereka yang ingin pulang ke kampung, BERHATI-HATI DI JALAN RAYA, ingatlah orang yang tersayang...

3 ulasan:

Be Simple Beb(BSB) - threeQ berkata...

selamat bercuti dan balik kg...BSB hari jumaat nanti nak balik kg gakk..tapi 4 hari jerrr...

CikguIsya berkata...

Kelantan kat mana? Suami saya org pekan Tumpat..

padlie berkata...

Selamat bercuti!
Saya akan balik Kelantan pagi Sabtu ni..

CsP nak bagi Hadiah!!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...