Ahad, Jun 10, 2012

Selamat Bertunang Adik Iparku..

Alhamdulillah malam semalam, saya sampai di rumah dengan selamatnya. Perjalanan dari Kelantan ke Johor  yang mengambil masa kira-kira 12 jam memang mementkan.. Sakit badan masih lagi tidak hilang..

Jika diikutkan, saya sekeluarga tidak mahu pulang ke kelantan tapi dek kerana adanya majlis pertunangan adik ipar saya, saya turutkan sahaja..Ini kerana, anak-anak terlibat dengan kem dan kelas tambahan..

Itu pun setelah saya memujuk adik ipar saya menunda tarikh pertunangannya dari 5 Jun kepada 6 Jun..

Ohhh, sangat terharu kerana  dia sanggup menunda  tarikh pertunangannya semata-mata mahukan kami pulang ke kampung..

Jadi  pada 5 Jun, sejurus mengambil anak perempuan saya selesai sahaja kemnya pada pukul 2 petang di  UNIKL Pasir Gudang..kami terus bertolak ke Kelantan...

Jadi entry ini saya dedikasikan untuk adik ipar saya, Maria...

Tahniah Maria...Semoga  berkekalan hingga ke jinjang pelamin..Insya Allah..

Walaupun majlis tersebut sederhana, namun meriah dengan kehadiran sanak saudara jauh dan dekat..Ditambah pula bakal suami adik ipar saya ini adalah orang Johor..senegeri dengan saya...makin meriahlah keluarga ini dengan menantu yang  berasal dari pelbagai negeri.. 

Sebelum ini, saya menantu sulung keluarga ini berasal dari negeri Johor, Menantu ke dua pula berasal dari negeri Pahang, ketiga  dari  Kedah, ke 4, 5, 6 pula berasal dari Kelantan dan yang ini kalau panjang jodoh, orang Johor juga...

Foto

Nak selit juga gambar saya...



1 ulasan:

whitecappuccino berkata...

selamat bertunang buat adik ya

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...