Cerita 1
“Cikgu, macam mana nak buat bom?” Tanya seorang pelajar
lelaki kepada seorang cikgu Sains.
“Kenapa awak nak buat bom?” pertanyaan pelajar tersebut
dijawab dengan pertanyaan juga.
“Saya nak bom kereta cikgu Siti Mariam..” jawapan selamba
pelajar tersebut..
Bagaimana perasaan anda bila mendengar cerita sebegini?..
Cerita 2
Cerita ni saya baca dalam twiter seorang pelajar perempuan
tingkatan 4. Hal ini terjadi bila mana
saya menegur sekumpulan pelajar yang sedang bermain gitar di dalam kelas. Yang
anehnya, pelajar yang bermain gitar tidak pulak memaki saya..tetapi pelajar
yang mengelilinginya pula terasa yang amat..
Dalam twiternya ada menyebut macam gini…
“Budak2 bomba, esok jangan tolong kalau NAZA …. ( kereta
saya) terbakar…”
Lepas tu ada pulak mereka nak bocorkan tayar kereta saya….
Bagaimana?
Cerita 3
“Cikgu Siti Mariam tu bergaduh dengan anak saya kat fb” kata-kata seorang ibu kepada seorang
kawan saya semasa menunggu anak-anak di
luar pagar sekolah kebangsaan.
“ Rumah saya mana ada internet, anak saya tak boleh bukak
fb” sambung ibu tersebut…
Bila masa pulak saya bergaduh kat fb dgn pelajar ni
pulak?...
Aduh!...susah betul lah ibu yang hanya mendengar sebelah
pihak aje nie… saya pun tidak add pelajar tersebut…macam-macamlah !
Inilah sebahagian kehidupan saya sebagai guru…tegur pelajar
salah…tak tegur lagilah salah…bila tegur jadilah perkara sebegini…
1 ulasan:
Cabaran jadi guru zaman melanium.
Ibu bapa tak boleh nilai perwatan anak semasa di rumah. kat luar mungkin perangainya lain.
Catat Ulasan