Masa tu saya menjadi ketua di bahagian makanan untuk majlis Maulidur Rasul sekolah...Ada permintaan untuk membuat telur pindang.. Nasib baik ada cikgu yang pandai memasak telur pindang iaitu guru penolong Kurikulum, Tn Hj Hamid..
Bahan-bahan untuk memasaknya dicari dan disediakan oleh beliau.. Telur-telur pula didermakan oleh guru-guru juga...Adalah dalam 300 hingga 400 biji semuanya...
Kami bergotong royong memastikan telur tersebut dimasak dengan betul..
Jadi, kerjasama antara guru-guru dan para pelajar amatlah penting..
Pelajar perempuan menolong memisahkan daun dari rerantingnya..
Pelajar lelaki pun tidak ketinggalan membantu memisahkan daun pokok senduduk..
Langkah pertama - dasar periuk diletak pelbagai dedaun..berselang seli dengan telur..
Di selang seli macam gini...
Langkah terakhir - tutup dengan baki dedaun yang ada...Selepas tu masak dengan api yang sederhana selama 2 hari .( 1 hari 1 malam )...
Nasib baik, pihak kantin membantu menjaga api..kalau tidak adalah cikgu2 yang kena tidur sebelah tempat masak ini...
Dan
akhirnya, jadilah telur pindang ini..
Inilah hasilnya..
Sebenarnya, kalau cukup dedaunnya mencukupi dan masa yang bertepatan, warna telur akan menjadi gelap..kata orang, kalau semakin gelap warnanya bermakna semakin sedap..
Tapi ..
Bukan semua orang suka memakan telur pindang ini...
Terima kasih kerana sudi membaca catatan saya ini...catatan yang sudah lama tersimpan dan pagi ini baru ada kelapangan untuk menggongsikannya kepada umum...
Maaf jika ada silap dan salah..
1 ulasan:
Telur pindang ni terasa macam berherba sikitkan tapi tahan lambat basi mungkin sebab masak lama.
Catat Ulasan