Selasa, Mei 26, 2020

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2020

Assalamualaikum semua..
Lama sungguh tidak menulis di sini..malam ni terasa rindu pula untuk memahatkan kenangan- kenangan terindah yang terjadi semalam sempena sambutan hari raya pertama dalam masa pkp ini..

Seperti biasa, sebagai seorang ibu...sudah semestinya inginkan yang terbaik utk anak-anak mereka..kegembiraan anak-anak adalah kegembiraan kita juga.. Apabila Perdana Menteri Malaysia berucap tidak boleh pulang ke kampung halaman..bukan bermakna tiada raya untuk anak-anak..

Okeylah...malas nak berbicara panjang ( berleter 🤭🤭)..saya hendak kongsikan kenangan berhari raya di blog ini..semoga tersemat di hati dn menjadi kenangan kepada anak-anak kelak..


Selamat Hari Raya Aidilfitri..Maaf zahir dan batin dari saya dan suami...

Tahun ini kami berhari raya di rumah kami sahaja..di Johor Bahru..kalau ikutkan giliran berhari raya..memang tahun ini kami bercadang berhari raya di Johor..selalunya kami balik Kelantan..rumah mertua saya..tetapi disebabkan anak saya bekerja..jadi kami sepakat berhari raya di Johor. Selepas tu baru kamo akan pulang ke Kelantan kerana  cuti pertengahan penggal persekolahan yang panjang...

Tapi..sejak pkp ni..semua tidak boleh balik kampung merentas negeri..

Jadi  raya di Johor sahajalah...meriah jgk kan..


Mula-mula kenalah bergambar dengan suami tercinta..barulah dengan anak-anak....nak ambil gambar ni pyn susah jgk sebab terpaksa setting kamera..masih lagi guna kamera..sbb handphone agak susah sikit..sebenarnya tak pandai pun..

Inilah keluarga besar saya..tahun ni bertambah lagi seorang anak bulus..tak pernah bela anak bulus sebelum ni..tahun boleh pulak anak perempuan saya bawa balik rumah..nak bela anak bulus katanya..lama-lama timbul sayang...

Barsama anak- anak perempuan saya yang semakin membesar bagai juara...Nurul Awadah, Nurul Afiqah dan Nurul Aqilah..

Bersama anak lelaki saya ..Amirul Asyraf dan Amirul Afif

Tahun ni sepatutnya turn anak menantu dn cucu beraya bersama-sama di Johor..tapi tak berkesampaian disebabkan PKP..Anak perempuan sulung saya..Nurul Adhwa bersama menantu saya Amir Arif  dan cucu sentiasa di rindui..uwais al-qarni..

Petang raya berkejar ke Kota Tinggi untuk berjumpa kakak sulung saya...pengganti arwah emak dan arwah abah...2 minit sampai saya..keluarga adik lelaki saya  pun sampai jugak..

Gambar anak-anak saudara ...gembira mereka..walaupun baru dapat raya sehari sahaja namun mereka memanfaatkan perjumpaan tersebut untuk mengenali sepupu-sepupu mereka dengan rapat..seronok tengok mereka gembira...

Bergambar kenangan sebelum balik ke JB.. org kita panggil balik ke Johor..Johor tu bermakna bandaraya JB..😅😅

Okeylah..ini sahajalah catatan saya kali ini.. tak sangka boleh pulak menaip panjang..
Disebabkan terlalu lama tak buka blog ni sampai terlupa nama blog ni..tua dah saya ni...nak log in pun lupa email dan password lagi...terpaksalah tanya pak cik google...Alhamdulliah dapatlah menaip kenangan raya PKP ni...

Terima kasih kerana sudi membaca...maaf jika tersalah bahasa dn mengguris perasaan ya..

Assalamualaikum semua...
Bye..bye..








Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...