Katanya lagi, masyarakat sekarang masih lagi mempunyai pilihan lain dengan memilih sistem takaful. Takaful yang dikenali sekarang beroperasi sebagai satu jenis perniagaan ( tijari ), dan ia berlandaskan prinsip Syariah, iaitu tiada unsur riba, perjudian atau ketidakpastian dalam kontarak dan pengendalian perniagaan takaful itu.
Dalam kontrak takaful, peserta bersetuju untuk menderma sebahagian daripada caruman mereka untuk membantu peserta-peserta lain yang menghadapi kesulitan atau kerugian tertentu yang dikenali sebagai tabarru'.
Ia merangkumi unsur perkongsian tanggungjawab, saling menjamin dan melindungi sesama mereka. Ini merupakan teras kepada sistem takaful yang menjadi unsur ketidaktentuan dibenarkan dalam kontrak takaful.
Begitulah apa yang telah dijawab dalam persoalan hukum insuran nyawa..
Dahulu, jiran saya telah mencadangkan kepada saya supaya membeli insuran nyawa dan pelajaran anak-anak saya daripada syarikat insuran yang ada logo singa...
Biasakanlah..jadi agen insuran ni, mulut memang manis so saya pun masuklah group insuran tersebut....Bila saya menyertai industri pendidikan , banyak informasi yang saya peroleh mengenai terdapatnya unsur ke tidaktentuan, judi dan riba dalam pelaburan syarikat insuran ini...
Akhirnya saya membatalkan semua insuran nyawa dan insuran pelajaran anak-anak saya dalam syarikat ini...Saya tidak mahu dikatakan subahat dalam pelaburan tersebut...
Sekarang saya membeli insuran takaful... Sebagai seorang pendidik, saya tidak mempunyai perlindungan insuran ..saya pun tidak tahu kenapa kami semua tiada potongan PERKESO...daripada mati tidak tinggalkan apa-apa, saya fikir saya patut melaburkan duit sedikit untuk membuat tabungan bersama insuran takaful...Yang pastinya SELAMAT....