Sabtu, April 02, 2011

SALAHKAH SAYA???

Niat saya baik...saya mahu orang muda sekarang bersopan santun dan berhemah dalam berbicara...

Salahkah saya, jika saya menegur mereka???

Mungkin saya tak layak kot?

Saya pun bukannya pengecut seperti yang dilakukan oleh en anon dan cik anon tu yang menyamar apabila hendak mengkritik sesebuah blog tu...saya tak menghina...saya memberikan komen yang membina....saya mempunyai adab melayu yang masih dijaga...Tapi apabila teguran saya tidak di terima , saya dapat komen macam gini melalui shout box....

Saya benci blog iniape kahh ceriat kat sini ? entah apo2 aje

Ceritanya begini....saya termasuk ke dalam satu blog budak lelaki muda...mungkin belasan tahun kot atau tak habis sekolah lagi...tetiba saya terbaca satu entry yang lawak...tapi lawak dia menggunakan bahasa yang kurang sopan....so, saya pun meletakkan satu komen yang saya rasa sungguhlah sopan...sebab kitakan orang melayu...

Dalam komen saya tu, saya sempat pujilah bahawa entry dia buat pagi nie memang menarik tetapi ada satu lawak dia yang mencacatkannya....

Tup-tup saya check shoutbox saya ada komen macam gitu...sah-sahlah budak tu yang hantar...betul tak??? ada dia cakap blog saya nie entah apa2 aje???dia tak baca ke???

Kenapa dia tulis macam gitu???mungkin entry saya tak sekepala dengan kepala dia ke???agaknya dia suka dengan entry yang tak ada makna???mungkin dia suka entry yang macam budak-budak tak sekolah tu kot????

Untuk Makluman....

Saya buka blogger yang suka menceritakan lawak bodoh.....

saya bukan orang yang suka menulis benda-benda yang tak berfaedah...

saya bukan orang yang tak berpengetahuan...

Saya bukan suka menjaja-jaja cerita-cerita gila....

Saya bukan hipokrit

Itu semua bukan saya....

Kalaulah saya nie orang yang kurang ajar dah tentu saya akan menjawab "ADA AKU KISAH!!!"

Untuk pengetahuan pembaca, saya nie jenis yang terus terang...tak suka sembunyi-sembunyi...Tapi saya rasa, teguran saya memang berbekas di hati budak itu selama-lamanya.....Biarlah dia dengan dunia dia...tugas saya dah selesai untuk dalam menasihati generasi muda yang sekarang semakin teruk tingkahlakunya....

Yang pasti komen tu membuatkan saya tersenyummmm....orang yang celik akal sahaja dapat menilainya...

P/S...saya suka dengan satu blog yang bila saya kritik dia, dia ambil kritikan saya sebagai satu kritikan membina....dan blogger tu lebih popular daripada budak di atas...dan tak menyombong diri....sila klik di SINI...

TSUNAMI SOSIAL???

Ini bukan tsunami yang melanda jepun baru-baru ini...Ini juga bukan tsunami yang melanda Aceh, Indonesia beberapa tahun yang lepas...

Tapi tsunami ni memang sudah semakin serius melanda negara kita..

Nama tsunami sosial ni bukan saya sengaja reka-reka supaya entry saya menarik...

Tapi saya nampak di dalam surat khabar Mingguan Malaysia minggu lepas...( baru baca semalam )..tapi okey kan???nama baru..

Lihat sahaja lah bagaimana tsunami dengan riaknya mengulung-gulungkan semua benda di hadapannya sehingga merosakkan harta benda serta mengorbankan banyak nyawa di Jepun.

Jadi apa dia tsunami sosial????

Pada pandangan saya, tsunami sosial sama dengan gejala sosial.....(betul tak?? kalau salah mintak maaflah sebab ini perkataan baru )..Contoh-contoh tsunami sosial seperti isu pembuangan bayi, isu penceraian, isu kehancuran sistem kekeluargaan, isu penderaan kanak-kanak dan sebagainya...dan kebanyakannya isunya adalah terlalu global....tidak akan habis-habis...

Oleh itu, kita sebagai manusia yang masih waras, penuh dengan akal yang cerdik serta masih mampu berfikir, kenalah bersama-sama menghalang atau mencegah supaya tsunami sosial ini tidak semakin serius...

Jadi, kita hendaklah menerapkan nilai-nilai murni sejagat dalam keluarga kita...

Nilai-nilai murni sejagat???

Emmm macam nilai bertanggungjawab, nilai kasih sayang, disiplin, integriti dan lain-lain lagi...Bila nilai-nilai ini diterapkan dan disemai dalam sistem kekeluargaan kita, sudah semestinya ia akan menjadi benteng dalam kita menghadapi segala cabaran tsunami sosial pada masa akan datang...

Kalau saya tengok serangan tsunami sosial ini, macam dah nampak tanda-tandanya sejak di alam persekolahan lagi...macam di sekolah saya dan sekolah-sekolah yang lain, tsunami sosial ini sudah mula terbentuk walaupun nampak macam kes yang kecil....Masalah disiplinlah...

Justeru itu, sebenarnya peranan ibu bapalah yang amat penting dalam mencegah gejala ini semakin serius...jika ibu bapa mengambil berat tentang anak-anak mereka, pergaulan anak-anak mereka,dan sebagainya...sudah pasti tsunami sosial ini dapat dibendung...

Akan tetapi, ramai ibu bapa sekarang terlalu sangat menyayangi anak-anak mereka sehingga sanggup berbuat apa sahaja untuk anak-anak mereka walaupun anak-anak mereka melakukan banyak kesalahan...

Inilah punca utama kenapa masalah tsunami ini tidak dapat dibendung....Kadang-kadang saya geram juga dengan ibu bapa sebegini....tapi mungkin mereka ada sebab mereka sendiri????

Jumaat, April 01, 2011

UNDI ....bukan mengundi tau!!!

UNDI??.....

Pernah main undi tak??

Main kutu lah...

Alaaa..yang kita kumpul duit setiap bulan, pastu kita buat cabutan nama..siapa yang dapat pada setiap bulan...kalau nak duit boleh jugak ...kalau nak barang pun boleh jugak...

Bukan mengundi pada pilihan raya tu...tu buang masa aje...

Dahulu, masa saya sekolah menengah, saya selalu melihat emak saya main undi...asyik-asyik undi...Biasalah duduk di felda..ada sistem blok...so mereka kaum-kaum ibu bermain undi...undi barang...macam selimut ke, pinggan mangkuk ke, cadar ke dan lain-lain lagi...

Emak saya suka benar buat koleksi pinggan mangkuk melalui permainan undi nie.. sebab pingan mangkuk nie boleh digunakan untuk kenduri kendara ....yealah, orang kampung kan suka buat kenduri...kejap-kejap yasinan, kejap-kejap kenduri arwah, dan kenduri-kenduri lain...

Kalau kita tak mahu undi barang, kita main undi duit...selalunya yang main undi duit tu orang-orang muda sebab mereka lebih minat kumpul duit...untuk orang-orang yang dah berkeluarga macam saya nie lebih minat undi barang...

Nampaknya penyakit emak saya tu dah macam penyakit keturunan...dah diturunkan kepada saya pulak...yalah....orang kata "dimana tumpahnya kuah, kalau tak ke nasi" kan???

Masa mula-mula kerja dahulu, saya tak lah terpengaruh dengan permainan ini..tetapi bila dah mempunyai anak-anak, barulah ada kesedaran ...kesedaran???...yalah ...kadang2 nak juga hidangkan set-set minuman yang berjenama kat tetamu...betul tak??dulu main larung aje...gelas pun jenama cap ayam...begitu jugak pinggan , cap ayam jugak...

Tahun lepas, saya main undi set minuman jenama "Vantage"..set pinggan yang mat gebu gunapakai tu....jenama orang kaya...ye ke???Jenama nie memang saya tak mampu nak beli...dan dek kerana anak-anak saya yang sedang membesar nie...( suka pecahkan cawan dan pinggan )...Bayarlah sikit-sikit setiap bulan...tapi sampai sekarang belum dapat lagi... tak apa, akan dapat jugak...

Selain itu jugak , saya main undi barangan tupperware...barang plastik yang mahal dan tahan lama tu...bolehlah dapat satu set..

Tahun nie pun sama...saya jugak memeriahkan lagi main undi ini... Saya main undi duit...RM100 je setiap bulan...diketuai oleh cikgu salina...dan sekali lagi undi barang tupperware lagi..cuma RM20.00 sahaja....dibawah naungan cikgu Hadijah...

Nampaknya penyakit saya pun macam penyakit keturunan...anak saya yang tingkatan 2 tu pun ada main undi jugak!!....mula-mula saya tak tau, tapi bila saya jumpa duit RM80.00 dalam beg dompet dia, so saya macam polis mulakan soal siasat terperinci...Barulah pecah rahsia...dia main undi bersama kawan-kawan dia yang sama level.. punggutan sebanyak 50 sen sehari...

Kebaikan???

Dapat simpan duit jugak atau kumpul duit......dan yang penting dapat barang yang kita tak mampu nak beli sekali gus...

Keburukan???

Takut kena songlap???maksudnya takut si pemunggut duit tu gelap mata...( bukan butalah..) dilarikan duit...Tu pasal kita kena main dengan orang-orang yang dipercayai sahaja...

Keburukan lain pulak ialah tangan rasa macam berat je nak bayar tiap-tiap bulan, kalau barang atau duit dah dapat dahulu...ini adalah situasi biasa kalau dapat undian pada bulan-bulan pertama hingga ke empat...itu sebab , ramai orang suka dapat pada bulan-bulan akhir...

Yang lain-lain tu....cuma orang yang pernah bermain undi sahaja mengetahui dan memahaminya...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...