Selasa, September 10, 2019

Lawatan Penanda Aras Ke Brunei Darusalam ( 13 - 16 Februari 2019 )

Assalamualaikum..

Sekitar lawatan sekolah ke Brunei Darusalam. Satu kenangan yang tak boleh dilupakan .. lawatan ini sudah lama, tetapi baru sekarang mahu diabadikan dalam blog yang sudah lama tidak dibuka ini..

Untuk lawatan kali ini, saya telah membawa seorang anak perempuan saya .

Bergambar kenangan dahulu sebelum menaiki kapal terbang  di Kuala Lumpur  International Airport. Sebenarnya kesejukan sbb bermalam di Surau KLIA sahaja dan mandi di  bilik air KLIA..


Tiba sahaja di Brunei, kami di sambut oleh tour guider   berbangsa cina tetapi mahir bercakap  melayu. Kami di bawa terus membuat lawatan penanda arasan ke salah satu kolej tertua di Brunei. Kolej yang simple sahaja.. bukan seperti di Malaysia.


tak sangka keesokan harinya, berita tentang lawatan kami disiarkan di akhbar Brunei..



 Dikesempatan ini, menaiki bot ke perkampungan air di Brunei memang perkara yang tak boleh dilepaskan. Bergambar beramai-ramai adalah perkara wajib sebelum menaiki bot.😄😄


Jauh jugalah perjalanannya.. 



Melawat rumah contoh di perkampungan air di Brunei Darussalam.. Di bawah air tersebut terdapat banyak ikan belukang yang besar-besar. dan anehnya penduduk di situ tidak akan memakan ikan-ikan tersebut kerana ikan ini akan memakan apa sahaja yang jatuh ke dalam air.. I
Sebenarnya kan, saya dimaklumkan tandas dan bilik air di  perkampungan ini tiada saluran ke kubahan.. tetapi di makan oleh ikan-ikan ini..
Tetapi, perkampungan ini boleh tahan bersihlah..


 Ini gambar kenangan di pagar istana Sultan Brunei.. Dikatakan pagar ni di buat daripada emas... jangan tak percaya.. apabila ditanya adakah emas ini tidak dicuri? ..  Tour guider kami menyatakan tiada sesiapa yang  mahu mencurinyanya.. kerana di Brunei tiada sesiapa yang mahu mencuri..
Hebatkan...

 Gambar ini diambil  di Cystal Art. Tengah-tengahnya tu yang bentuk diamond tu adalah kristal sebenar.. masa gambar ni diambil  waktu solat Jumaat.. Semua kedai makan tutup masa ni.


Ini gambar bersama anak saya. di Muzium  dan gambar semasa mendengar penerangan daripada tour guider kami...

Ini pula bergambar kenangan bersama pentadbir SM Lambak Kiri. Sekolahnya besar..

 Tapi yang pastinya, pengetua sekolah ini  cantik bangat  dan muda...Bekas pembaca berita katanya... malu bersebelahan dengan pengetua ini..

  Ini salah satu masjid di Brunei Darussalam.. Hebatnya masjid ini ialah kubahnya di salut dengan emas yang padat.. WOWW..... hebatkan...


 Ini pula gambar kenangan di hadapan pintu masuk Empire Hotel.. Hotel untuk orang-orang ternama seperti perdana menteri seluruh  dunia.. memang cantik dan segala perabotnya sangat mahal dan berkualiti... sehingga kami masuk ke bilik airnya dan memakai pencuci tangan yang diimport dari Paris.. Sangat kaya...
Beruntung kami pada hari itu..



Lihatlah betapa mewahnya  ruang menunggu di hotel yang sangat luas ini... umpama istana...


Kenangan semasa melawat  Taman Mahkota Jubli Emas.. sangat cantik..


Kenangan di hadapan pintu pagar utama Istana Diraja Brunei Darussalam.. Kami tidak dibenarkan masuk,  tetapi kami dibenarkan menabadikan kenangan di sini... cukup luas dan cantik.. Pagar emas juga..


Inilah sebahagian kenangan yang tak dapat kami lupakan sepanjang lawatan ini.. sesesungguhnya 'Hujan  batu di negera orang, hujan emas di negera sendiri, lebih baik di negara sendiri'.. betullah pepatah melayu lama ini.. walaupun Brunei kaya dengan  minyak dan merata emas, namun saya rasa negara Malaysia juga yang lebih baik. 
Faham tak maksud saya?


Terima kasih kerana sudi membaca,, jumpa lagi...


Selasa, Oktober 02, 2018

FAMILY DAY  - KELUARGA HJ OMAR - PART 1

Kenangan terindah bila dapat berkumpul bersama-sama keluarga tersayang...belah suami saya..keluarga kelantan...

Terbit idea tiba-tiba, rancang dan banyak sponsor adik beradik, maka terlaksanalah  program yang tak disangka-sangka ini.

Alhamdulillah dan syukur sangat-sangat  dengan kejayaan ini.

Program  berjaya dilaksanakan pada 18hb Ogos 2018 - 20hb Ogos 2018 yang lalu.


 Keluarga yang dapat menghadirkan diri.

 Keluarga adik ipar saya  -  Zawiah 

Keluarga Adik ipar - Kamal... isterinya dan anak bongsunya tak dapat turut serta kerana  terpaksa bekerja... jururawatkan terikat dengan jadual..

Keluarga Maria - adik ipar juga... cikgu kaunseling di Pasir Gudang

Keluarga terbaharu... Ini anak perempuan sulung saya.. Nurul Adhwa dan suami

Ini mak mertua saya, Che Bedah bersama makcik belah suami saya , saya panggil  Mak Uda dan Pak Uda

Ini keluarga saya bersama anak-anak saya...Suami saya anak sulung..

Ini keluarga adik ipar juga, Hasbullah 


Ini pun adik ipar saya, saya panggil mek su dan suami.. dua-dua ni askar di Melaka

Ini keluarga pak cik suami saya, Pak Su Mat dan keluarganya

Ini sahaja yang boleh dikongsi  buat masa ini.. lain kali saya buat part 2 pula yea.. macam sudah kekurangan idea bila byk kerja yang menanti.. Insya Allah esok lusa, saya kongsi lagi..
byeee..


Rabu, September 12, 2018

TIBA- TIBA TERASA RINDU......


Assalamualaikum ,
Sudah agak lama saya tidak membuka  laman ini... halaman yang dahulunya sentiasa di belai dan di jaga.

Namun, 
Hari ini terasa rindu dengan halaman ini.. lantas coretan ini terpapar di ruangan ini..

Tanggungjawab semakin banyak membantasi  segala idea untuk ditumpahkan di sini... maaf yang boleh saya luahkan..



Ini gambar terbaharu kami sekeluarga semasa hari raya aidil fitri yang lalu... lama dah... baru nak kongsi..

Terima kasih, jika anda terjengah blog ini...




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...