Selasa, September 10, 2019

Lawatan Penanda Aras Ke Brunei Darusalam ( 13 - 16 Februari 2019 )

Assalamualaikum..

Sekitar lawatan sekolah ke Brunei Darusalam. Satu kenangan yang tak boleh dilupakan .. lawatan ini sudah lama, tetapi baru sekarang mahu diabadikan dalam blog yang sudah lama tidak dibuka ini..

Untuk lawatan kali ini, saya telah membawa seorang anak perempuan saya .

Bergambar kenangan dahulu sebelum menaiki kapal terbang  di Kuala Lumpur  International Airport. Sebenarnya kesejukan sbb bermalam di Surau KLIA sahaja dan mandi di  bilik air KLIA..


Tiba sahaja di Brunei, kami di sambut oleh tour guider   berbangsa cina tetapi mahir bercakap  melayu. Kami di bawa terus membuat lawatan penanda arasan ke salah satu kolej tertua di Brunei. Kolej yang simple sahaja.. bukan seperti di Malaysia.


tak sangka keesokan harinya, berita tentang lawatan kami disiarkan di akhbar Brunei..



 Dikesempatan ini, menaiki bot ke perkampungan air di Brunei memang perkara yang tak boleh dilepaskan. Bergambar beramai-ramai adalah perkara wajib sebelum menaiki bot.😄😄


Jauh jugalah perjalanannya.. 



Melawat rumah contoh di perkampungan air di Brunei Darussalam.. Di bawah air tersebut terdapat banyak ikan belukang yang besar-besar. dan anehnya penduduk di situ tidak akan memakan ikan-ikan tersebut kerana ikan ini akan memakan apa sahaja yang jatuh ke dalam air.. I
Sebenarnya kan, saya dimaklumkan tandas dan bilik air di  perkampungan ini tiada saluran ke kubahan.. tetapi di makan oleh ikan-ikan ini..
Tetapi, perkampungan ini boleh tahan bersihlah..


 Ini gambar kenangan di pagar istana Sultan Brunei.. Dikatakan pagar ni di buat daripada emas... jangan tak percaya.. apabila ditanya adakah emas ini tidak dicuri? ..  Tour guider kami menyatakan tiada sesiapa yang  mahu mencurinyanya.. kerana di Brunei tiada sesiapa yang mahu mencuri..
Hebatkan...

 Gambar ini diambil  di Cystal Art. Tengah-tengahnya tu yang bentuk diamond tu adalah kristal sebenar.. masa gambar ni diambil  waktu solat Jumaat.. Semua kedai makan tutup masa ni.


Ini gambar bersama anak saya. di Muzium  dan gambar semasa mendengar penerangan daripada tour guider kami...

Ini pula bergambar kenangan bersama pentadbir SM Lambak Kiri. Sekolahnya besar..

 Tapi yang pastinya, pengetua sekolah ini  cantik bangat  dan muda...Bekas pembaca berita katanya... malu bersebelahan dengan pengetua ini..

  Ini salah satu masjid di Brunei Darussalam.. Hebatnya masjid ini ialah kubahnya di salut dengan emas yang padat.. WOWW..... hebatkan...


 Ini pula gambar kenangan di hadapan pintu masuk Empire Hotel.. Hotel untuk orang-orang ternama seperti perdana menteri seluruh  dunia.. memang cantik dan segala perabotnya sangat mahal dan berkualiti... sehingga kami masuk ke bilik airnya dan memakai pencuci tangan yang diimport dari Paris.. Sangat kaya...
Beruntung kami pada hari itu..



Lihatlah betapa mewahnya  ruang menunggu di hotel yang sangat luas ini... umpama istana...


Kenangan semasa melawat  Taman Mahkota Jubli Emas.. sangat cantik..


Kenangan di hadapan pintu pagar utama Istana Diraja Brunei Darussalam.. Kami tidak dibenarkan masuk,  tetapi kami dibenarkan menabadikan kenangan di sini... cukup luas dan cantik.. Pagar emas juga..


Inilah sebahagian kenangan yang tak dapat kami lupakan sepanjang lawatan ini.. sesesungguhnya 'Hujan  batu di negera orang, hujan emas di negera sendiri, lebih baik di negara sendiri'.. betullah pepatah melayu lama ini.. walaupun Brunei kaya dengan  minyak dan merata emas, namun saya rasa negara Malaysia juga yang lebih baik. 
Faham tak maksud saya?


Terima kasih kerana sudi membaca,, jumpa lagi...


Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...