Sudah beberapa hari saya asyik makan limau mandarin..Tak pernah membelinya tapi ramai sungguh yang memberinya...memang pemurah sungguh...
Di sekolah pun, ramai pembekal memberikan limau secara percuma..mula-mula cikgu semua ambil seorang satu biji sahaja limau tersebut...hari berikutnya, nampak lagi dua kota di atas meja sofa dalam bilik guru..makan lagi..
Balik rumah sahaja, jiran yang kerja dengan kilang korea kat Pasir Gudang pun kasi banyak buah limau...memang tak putus-putus buah limau...
Hari ini dapat lagi 2 kotak dan sebakul buah limau..Suami dapat dari kawan-kawannya semasa pergi ke Tangkak, Johor..
Memang pemurah sungguh masyarakat berbangsa cina ini apabila munculnya Tahun Baru Cina...
Kenapa yea mereka suka memberikan buah limau ????
1 ulasan:
samalah kat rumahpun ada limau,sampai x larat doh nak makan!
Catat Ulasan