Assalamualaikum semua..
Sudah lama saya tidak menulis di blog peribadi saya ini... Mungkin kerana terdapat banyak kekangan yang tidak dapat dielakkan, maka saya terpaksa membiarkan blog saya dipenuhi dengan sesawang liar.
Untuk entry kali ini saya ingin berkondsi tentang ekosistem hutan ... almaklumlah saya ni kan guru geografi ...memang tidak dapat lari daripada membincangkan tentang hal-hal berkenaan ekosistem ...
Sudah tentu ramai para pelajar yang memilih tugasan ke 2 kerja kursus geografi ingin tahu tentang konsep ekosistem ini...
Saya kongsikan sedikit maklumat yang saya dapat ini..
Mula-mula kita mestilah mencari maksud ekosistem...
Ekosistem merupakan interaksi dan hubung kait antara benda hidup (biotik ) dengan benda bukan hidup ( abiotik) dalam alam semula jadi. Komponen biotik termasuklah semua jenis makhluk yang hidup seperti manusia, haiwan, tumbuhan, dan micro organisma. Manakala komponen abiotik meliputi komponen tidak hidup seperti tanah, air, angin, udara, cahaya matahari dan sebagainya.
Sementara ekosistem hutan pula adalah hubungan antara kumpulan beberapa populasi sama ada flora dan fauna yang hidup dalam lapisan dan di permukaan tanah dan terletak pada suatu kawasan serta membentuk suatu kesatuan ekosistem.
Ekosistem hutan terganggu apabila terdapatnya aktiviti manusia yang sewenang-wenangnya meneroka kawasan hutan semula jadi untuk tujuan pembangunan.
Diharap maksud di atas membantu..
Terima kasih
Dapatkan dapatan Kajian tentang tajuk ini di laman www.smktd2geografi.blogspot.com
7 ulasan:
Assalamualaikum Cikgu ..
Saya fail geo.. Tapi sgt sukakan flora Dan fauna..
Terima kasih atas perkongsian info.
slm.sye x knal cikgu...tapi sy kurang keyakinan n sdikit takut..sye harap cikgu dpt bantu sye..?
Saya ingin bertanya bahawa jika saya ingin tulis ekosistem hutan terganggu.Patutkah saya menulis seperti di atas atau perlu menambah sedikit...
slam.....mksud di atas sangat mmbantu...
terima kasih
salam.perkongsian ini amat memuaskan.
saya berpuas hati dengan perkongsian ini dan ia memenuhi kehendak saya. terima kasih cikgu.
assalamuailaikum saya suka
ass
trima kasih catatan di ats sangat membantu saya
Catat Ulasan