Sabtu, April 07, 2012

Floor Manager???

Selama ini, saya tidak pernah terfikir untuk menjadi "manager"..Dahulu sebelum saya menjadi seorang guru, saya pernah memegang jawatan kerani, kerani gred A, pembantu personalia, last sekali memegang jawatan sebagai payroll officer ( pegawai kira gaji )  Tapi saya tak pernah memegang jawatan manager..

Tidak terfikir juga bila mana menjadi  seorang guru, saya akan dilantik menjadi manager ..

Tiba-tiba selasa lalu, saya dipanggil oleh puan pengetua dan dilantik sebagai "floor manager" dengan rasminya..Saya terkejut dan tertanya-tanya...Flow manager??macammana kerjanya?? kenapa  saya??  mampukah saya??

Semua ini gara-gara Majlis Anugerah Cemerlang ..

Memang berat tanggung jawab ini..Mesti mengetahui segala perjalanan majlis ini  bermula dari  raptai pertama hinggalah hari "kejadian"...

Untuk mendapatkan kerjasama semua guru adalah satu perkara yang amat sukar. Bukan semua guru dapat memberikan kerjasama. dan bukan semua guru berfikiran sama..Lebih-lebih lagi dengan permintaan pihak pentadbiran yang inginkan semuanya  sempurna..

Begitu banyak pengorbanan yang perlu dilakukan oleh semua guru..

Hari ini,alhamdulillah kerana  puan pengetua mengucapkan tahniah dan terima kasih kerana majlis berjalan lancar walaupun terdapat sedikit kelemahan yang tidak disedari.

Walaubagaimana pun, tidak semua majlis yang sempurna tidak  mendapat kritikan.. terdapat juga guru yang tidak berpuas hati dengan kerjasama guru-guru lain..

Namun, saya berpuas hati...walaupun jawatan saya setakat hari ini, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru-guru SMK Taman Daya 2, Johor Bahru, Johor kerana memberikan kerjasama yang sepenuhnya untuk memeriahkan lagi majlis ini....

3 ulasan:

aindzaya berkata...

mesti kene blajar buat flow2 bagai kan...huhu

mmg memeningkan.

"Hadiah dari Allah.".

CikguIsya berkata...

Tahniah..sy ingat smk taman daya 3. sbb pengetua smk tmn day 3 seorang kenalan saya..

I berkata...

Saya pun pertama kali jadi floor manager ni.. tapi untuk pertandingan. Apa perlu saya buat? Saya dah dapatkan senarai ajk dan nombor telefon. Jadi saya perlu hubungi mereka ke sebelum hari pertandingan? Untuk saya terangkan flow majlis. Ke saya kena tunggu hari kejadian untuk saya bagi taklimat pada ajk? Mohon bantu saya..saya guru baru

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...