Sebenarnya, hari lahir suami saya sudah pun berlalu.. iaitu jatuh pada 10hb April yang lalu..
Tapi, pada minggu lepas suami saya berada di Melaka.... kami tidak dapat meraikan hari lahirnya..Maka, semalamlah kami dapat menyambutnya..
Petang semalam selepas mengambil anak-anak berada di hotel Seri Malaysia kerana menghadiri kursus ,suami pun terus baring di sofa...saya dan anak-anak berpakat menghidupkan lilin di kek yang telah kami beli pada petang Jumaat sambil menyanyikan lagu "Happy Birthday"...
Tergambar lagi wajah suami yang terkejut dengan kejutan yang tiba-tiba itu...
Dan anak-anak menghadiahkan dompet kepada ayah mereka tetapi dengan duit saya....
Apa-apa pun yang menyebabkan saya terharu ialah ucapan dari anak sulung saya ini di fb...
Bacalah...
"Ya Allah… Hindarkan ayahku daripada segala kepayahan yang merungsingkan, pemikiran yang membingungkan dan pengalaman yang menyedihkan di sepanjang tahun² yang akan datang ini. Kurniakan kepadanya keselamatan dalam pemeliharaan-Mu yang dapat melindungnya dari sebarang kejahatan, keburukan dan kerunsingan.
Ya Allah, panjangkan umurnya dalam keimanan, sihatkan tubuh badannya dengan kecemerlangan akal juga berikan dia kesenangan harta benda yang penuh keberkatan.
Ya Allah, ampunkanlah segala kesalahannya, dan terimalah segala kebaikannya dan Rahmatilah kehidupannya dunia dan akhirat.
Amin Yarabbil-alamin
kepada abah yang tersayang"
4 ulasan:
Happy birthday untuk pemimpin keluarga Cikgu Siti.. Moga diberkali dan dilindungi Ilahi.. Syukur dapat doa anak2 yg solehah dan soleh.. Semoga berbahagia Cikgu...
terima kasih A.s.t.i.n.a
selamat hari lahir untu suami cikgu. Moga bahagia dan sentiasa dilimpahi rahmat-Nya
SALAM ZIARAH CIKGU.. terharu nyer baca ucapan dari anak sulong cikgu,,,
kuazue.blogspot.com
Catat Ulasan