Hinggakan ramai yang bersunggut tidak dapat tidur dek bunyi mercun yang menganggu ketenteraman malam yang damai itu... Ramai juga yang tertanya-tanya, orang cina menyambut raya apa pulak?
Walhal, baru minggu lepas mereka menyambut tahun baru cina... dan ada bunyi mercun jugak...
Apabila ditanya dengan salah seorang cikgu cina di sekolah tadi pun tidak mendapat jawapan yang memuaskan... boleh pulak cikgu tu jawab " tak tahu"....
Tadi, saya bercerita dengan en suami saya berkenaan hal ini.... barulah saya tahu sedikit sedikit mengenai hal malam tadi....lalu saya terus goggle...
Rupa-rupanya hari ini merupakan tahun baru bagi masyarakat cina Hokkien...Hari ke sembilan barulah mereka merayakannya...
Apa-apa pun itu memang sudah budaya mereka ...tapi kan dalam hati saya kenapa mereka boleh bermain mercun?
Nak tahu kenapa mereka suka bermain mercun semasa menyambut perayaan mereka...
Ini cerita yang saya dapat kat google...
Menurut Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah, ustaz yang selalu keluar tv
tu...
" Perayaan
Tahun Baru Cina lahir dari rasa takut dan mitos. Legenda berbicara tentang
binatang liar bernama Nien ( juga membawa maksud "tahun" ) yang
muncul di akhir setiap tahun di Tanah Besar China suatu masa dahulu. Nien
dikatakan bertindak menyerang dan membunuh penduduk kampung. Cara untuk
menghalau dan menakut-nakutkan Nien adalah dengan menggunakan bunyi letupan (
mercun ) dan cahaya terang benderang ( bunga api).
Kejayaan
menewaskan Nien ini telah disambut sebagai permulaan kepada Tahun Baru Cina
dengan mengambil kira nama 12 binatang terpilih yang silih berganti setiap
tahun...."
Barulah saya
faham....betul tak?
Nanti hari ke 15,
kita tunggu lagi dentuman mercun dan bunga api ini lagi sebab masyarakat cina
akan meraikan penutup tahun baru cina iaitu hari Chap Goh Mei, hari terakhir
bagi bulan penuh....
Selamat tahun baru
cina....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan