Pagi semalam, saya hanya bersarapan ringkas untuk anak-anak saya...hanya jemput-jemput pisang sahaja.. walaupun jemput-jemput biasa sahaja namun alhamdulillah ...habis...
Baki pisang yang ada, saya buat muffin pisang pula... entahlah, sejak dua menjak ni mood membuat kuih mula timbul... macam-macam kuih yang hendak dicubanya...pantang ada bahan di dapur, mulalah hendak membuat kuih itu dan kuih ini....
Perkara pertama yang saya buat mestilah "explore" google dulu ...cari resepilah...dari satu blog ke satu blog masakan yang digelidah...akhirnya resepi muffin ini yang saya pilih..
Sangat senang... ikut sahaja resepi blog INI
ataupun ikut sahaja resepi di bawah ini..
Bahan-bahannya:-
1 1/2 cawan tepung gandum*
1 sudu teh baking powder*
1/3 sudu teh garam halus*
1 sudu teh soda bikarbonat * ( * semua satukan dan ayak )
3 biji pisang emas, dilecek halus ( saya tidak tahu jenis pisang yang saya beli...lecek ajelah )
1 sudu besar mayonnaise
1 biji telur gred B.. ( saya tidak ikut saiz, ambil aje sebiji )
3/4 cawan gula halus
1/3 cawan mentega cair ( guna minyak pun boleh )
Beberapa titis esen pisang ( kalau tak ada pun tak apa )
Cara membuatnya:-
1. Panaskan oven pada suhu 180C , dalam satu bekas masukkan telur, gula dan mayonnaise, kacau rata dengan wishk hingga sebati. Masukkan pisang, minyak, esen pisang dan kacau rata.
2.Masukkan tepung dan gaul hingga sebati. jangan gaul lama-lama.
3. Masukkan dalam bekas muffin 3/4 penuh.
4. Bakar selama 25 minit atau hingga masak.
Siap terus makan suam-suam...kalau guna bekas muffin yang besar, cepat habis sebab dapat sedikit sahaja...anak-anak berebut makan...
Lain kali, saya kena membuat dua adunan barulah mencukupi untuk anak-anak saya...
Cubalah resepi yang senang ni...
1 ulasan:
assalam..lama tak singgah sini.
Catat Ulasan