Kerap jugak dapat tengok status fb ayu Citarasa Rinduan yang sudah semakin aktif berjualan kek marble ni.. cantik-cantik dan berwarna warni kek-kek yang dibuatnya..
Tetiba adik ipar saya kat Melaka dah tayang kek marble minyak yang saya nak buat.. jeleslah pula..
Kena buat jugak.. dan hasilnya memang menakjubkan.. sangat sedap dimakan dan lembut..
Tadaaa.... tengoklah betapa cantiknya kek ini...saya buat bergilir-gilir dengan anak perempuan saya yang ke 2..iqah...
Dialah yang rajin setakat ini menolong saya di dapur..
Lapisannya rapat-rapat sebab menggunakan sudu sahaja..kalau menggunakan senduk memang lapisannya besar-besar..
Tengoklah..cantik kan?
Tapi bila dah bakar, tak nampak pulak atasnya... samar-samar sahaja.. mungkin terlebih bakar kot..
Resepinya saya dapat kat satu fb ni..namanya Ucu Tipah..
KEK MINYAK
Bahan2nya
5 biji telur A
1/2 cwn gula castur
1 cwn susu pekat
1 cwn minyak jagung - saya guna minyak masak saja
2cwn tepung gandum ayak bersama 1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil ovellete
1 sudu kecil vanila
warna ikut suka
Cara-caranya
Telur,gula dan ovellete dipukul sampai kembang . masukkan susu pekat dan vanila dan pukul sebati kemudian masukkan minyak pukul sebati . Perlahankan mixer masukkan
t/gandum dan pukul sebati
Bahagikan tiga bahagian dan masukkan pewarna setiap bahagian
Sediakan loyang dan sapukan majerin serta alas dgn kertas.Masukkan adunan tadi satu
persatu secara selang sampai habis. Bakar suhu 150 api atas bawah selama 45
minit .
Maka, jadilah seperti ini.. naik dengan jayanya... lain kali nak buat lagi..boleh jamu kawan-kawan kat sekolah..
senang sangat..
Cubalah.. tak rugi pun...
1 ulasan:
Nanti boleh try resepi ajak dak pompuan kat rumah main2 kat dapo...
Catat Ulasan