Ahad, Mac 03, 2013

Muffin Pisang buat anak-anak...

Salam semua...

Pagi semalam, saya hanya bersarapan ringkas untuk anak-anak saya...hanya jemput-jemput pisang sahaja.. walaupun  jemput-jemput biasa sahaja namun alhamdulillah ...habis...

Baki pisang yang ada, saya buat muffin pisang pula... entahlah, sejak dua menjak ni mood membuat kuih mula timbul... macam-macam kuih yang hendak dicubanya...pantang ada bahan di dapur, mulalah hendak membuat kuih itu dan kuih ini....

Perkara pertama yang saya buat mestilah "explore" google dulu ...cari resepilah...dari satu blog ke satu blog masakan yang digelidah...akhirnya resepi muffin ini yang saya pilih..

Sangat senang... ikut sahaja resepi  blog INI

ataupun  ikut sahaja resepi  di bawah ini..

















Bahan-bahannya:-
1 1/2 cawan tepung gandum*
1 sudu teh baking powder*
1/3  sudu teh garam halus*
1 sudu teh soda bikarbonat *  ( * semua satukan dan ayak )
3 biji pisang emas,  dilecek halus ( saya tidak tahu jenis pisang yang saya beli...lecek ajelah )
1 sudu besar mayonnaise
1 biji telur gred B.. ( saya tidak ikut saiz, ambil aje sebiji )
3/4 cawan gula halus
1/3 cawan mentega cair ( guna minyak pun boleh )
Beberapa titis esen pisang ( kalau tak ada pun tak apa )

Cara membuatnya:-

1. Panaskan oven pada suhu 180C , dalam satu bekas masukkan telur, gula dan mayonnaise, kacau rata dengan wishk hingga sebati. Masukkan pisang, minyak, esen pisang dan kacau rata.
2.Masukkan tepung dan gaul hingga sebati. jangan gaul lama-lama.
3. Masukkan dalam bekas muffin 3/4 penuh.
4. Bakar selama 25 minit atau hingga masak.

Siap terus makan suam-suam...kalau guna bekas muffin yang besar, cepat habis sebab dapat sedikit sahaja...anak-anak berebut makan...

Lain kali, saya kena membuat dua adunan barulah mencukupi untuk anak-anak saya...

Cubalah resepi yang senang ni...

Isnin, Februari 18, 2013

Rupa-rupanya tahun baru bagi orang Hokkien...

Pagi tadi, ramai cikgu tertanya-tanya kenapa malam tadi mercun kedengaran seumpama perang.  Berdentum sana berdentum sini...terlalu meriah sangat...


Hinggakan ramai yang bersunggut tidak dapat tidur dek bunyi mercun yang menganggu ketenteraman malam yang damai itu... Ramai juga yang tertanya-tanya,  orang cina menyambut  raya apa pulak?

Walhal, baru minggu lepas mereka menyambut tahun baru cina... dan ada bunyi mercun jugak...

Apabila ditanya dengan salah seorang cikgu cina di sekolah tadi pun tidak mendapat jawapan yang memuaskan... boleh pulak cikgu tu jawab " tak tahu"....

Tadi, saya bercerita dengan en suami saya berkenaan hal ini.... barulah saya tahu sedikit sedikit mengenai hal malam tadi....lalu saya terus goggle...

Rupa-rupanya hari ini merupakan tahun baru bagi masyarakat cina Hokkien...Hari ke sembilan barulah mereka merayakannya...



Patutlah bagai nak rak, mercun yang mahal-mahal meletup di sana dan di sini...

Apa-apa pun itu memang sudah budaya mereka ...tapi kan dalam hati saya kenapa  mereka boleh bermain mercun?

Nak tahu kenapa mereka suka bermain mercun semasa menyambut perayaan mereka...
Ini cerita yang saya dapat kat google...


Menurut Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah, ustaz yang selalu keluar tv tu...

" Perayaan Tahun Baru Cina lahir dari rasa takut dan mitos. Legenda berbicara tentang binatang liar bernama Nien ( juga membawa maksud "tahun" ) yang muncul di akhir setiap tahun di Tanah Besar China suatu masa dahulu. Nien dikatakan bertindak menyerang dan membunuh penduduk kampung. Cara untuk menghalau dan menakut-nakutkan Nien adalah dengan menggunakan bunyi letupan ( mercun ) dan cahaya terang benderang ( bunga api).

Kejayaan menewaskan Nien ini telah disambut sebagai permulaan kepada Tahun Baru Cina dengan mengambil kira nama 12 binatang terpilih yang silih berganti setiap tahun...."


Barulah saya faham....betul tak?

Nanti hari ke 15, kita tunggu lagi dentuman mercun dan bunga api ini lagi sebab masyarakat cina akan meraikan penutup tahun baru cina iaitu hari Chap Goh Mei, hari terakhir bagi bulan penuh....

Selamat tahun baru cina....










Sabtu, Februari 16, 2013

Tahniah!...dapat baby boy lagi...

Tahniah..tahniah...tahniah..



Itu sahaja yang dapat saya ucapkan kepada adik ipar saya, Mohd Sukri dan Normani kerana Nor sudah selamat melahirkan anak lelaki kedua  pada 12hb Mac 2013 yang lalu...cantik juga tarikh itu kan?

Kebetulan saya sekeluarga pergi ke rumah mereka setelah bercuti di Pahang, dan kebetulan pula mereka baru berpindah ke rumah baru di Melaka dan mengajak kami tidur sekali...

Malam tu, saya asyik berbual dengan Nor mengenai tanda-tanda awal bersalin..Kelahiran anak lelaki pertama Nor dilahirkan secara pembedahan..Jadi, Nor sangat berharap kelahiran anak kedua ini secara normal.. Lagi pula, tarikh jangkaan bersalin lama lagi iaitu 20hb Februari 2013...

Saya yang telah melahirkan anak seramai lima orang ini hanya dapat menceritakan serba sedikit sahaja pengalaman saya melahirkan anak secara normal..tapi yang nyata memang menyakitkan...hanya perempuan yang pernah melalui sahaja mengetahui betapa sakitnya melahirkan anak.

Terkejut saya bila kira-kira pukul 3.30 pagi, adik ipar saya menghidupkan enjin kereta untuk menghantar   isterinya ke hospital..Sakit perut sejak pukul 1.00 pagi lagi...

Pukul 7.00 pagi, adik ipar saya pulang dan keluar semula sambil memaklumkan bahawa isterinya terpaksa dibedah kerana bayi sudah termakan najisnya sendiri..

Rasa sangat sekejap...

Akhirnya, adik ipar saya memaklumkan isterinya selamat melahirkan bayi lelaki melalui pembedahan..

Sayangnya baby ada masalah pernafasan...masih lagi dalam pemantauan hospital Melaka...Apa-apa pun saya doakan baby dan ibunya cepat sembuh dan dapat kembali ke rumah dengan segera..


Tahniah...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...