Ahad, Mac 13, 2011

pesanan untuk pelajar-pelajarku...

Cuti pertengahan semester pertama sudah pun bermula,
guru-guru dan para pelajar ke semuanya suka hati..
lebih-lebih lagi kepada guru-guru yang berjauhan dengan keluarga,
guru yang berjauhan dengan isteri serta anak,
guru yang berjauhan dengan suami macam saya..
dapatlah melepaskan rindu....
tapi malangnya saya tetap macam gini jugak...
cuti ke, sekolah ke, tetap sama..

para pelajar sekolah lagilah suka hari..
dapat cuti seminggu macam dapat cuti setahun..
lepas daripada buku-buku sekolah..
tak tension dengan muka-muka cikgu..
cikgu-cikgu yang asyik membebal, membebel dan membebal..
Malangnya mereka lupa..
walhal mereka tetap jugak pelajar..
tak lari daripada buku, buku dan buku..
so, para cikgu yang hendak bercuti ini..
tetap meninggalkan segunung kerja masa cuti..
untuk subjek-subjek penting..
dalam bermain, dalam suka ria..
balik kampung ke, pergi jejalan ke..
namun kerja masa cuti sekolah mestilah dihabiskan..

Malang bagi mereka yang tidak membuatnya..
kerana tindakan akan menanti mereka..
sebab markah akan dicatatkan...
semata-mata memastikan modul ini berjalan lancar.
semuanya untuk para pelajarku..
supaya tidak lupa atau alpa..

kepada para pelajarku, bersyukurlah..
modul kerja rumah masa cuti nie tidak perlu dibayar
percuma sahaja..
buatlah ketika masa terluang..
bukan niat cikgu mahu mendera...
bukan niat cikgu mahu menghalang dari bermain..
bukan niat cikgu tidak membenarkan kamu pergi jom heboh..
bukan niat cikgu mahu merampas kegembiraan kamu..

semua ini adalah semata-mata untuk pelajar-pelajar ku..
mahu melihat pelajar ku berjaya..
mahu melihat pelajar ku tidak lupa
mahu melihat pelajar ku tidak alpa..
mahu melihat pelajar ku tidak semakin leka...

buat pelajar-pelajar ku..
buatlah kerja mu..
buatlah latihan mu..
lengkapkanlah...
modul kerja rumah masa cuti....

bagi pelajar-pelajar geografi tingkatan 3..
kerja kursus perlu dimulakan...
masuklah ke blog saya nie..
untuk mencari contoh kerja kursus geografi 2011...
tapi perlu cikgu ingatkan...
janganlah ditiru habis-habisan (100%)
kerja kursus ini adalah wajib untuk semua..
buatlah dari sekarang..
jangan menunggu sehingga saat akhir...
nanti menyusahkan diri sendiri sahaja...
dan cikgu-cikgu geografi anda sekalian...

pelajar-pelajarku..
ingatlah pesanan cikgu mu ini...

****************************************************************
P/s : takziah kepada penduduk Jepun kerana musibah gempa bumi dan tsunami yang melanda mereka...maaf jugak kerana cuba mempersendakan mereka dengan guraun ultraman dalam face book... bukan niat di hati.....

Wasallam

1 ulasan:

ckLah @xiiinam berkata...

Dengar tu murid-murid...pesanan cikgu CTE!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...