Pertama kali pegang berus kaligrafi..lepas tu tulis pula di kertas warna merah..wah!!!
Semangat sungguh cikgu-cikgu bukan cina ( melayu dan india ) di sekolah saya ini menyertai pertandingan kaligrafi anjuran Persatuan Bahasa Cina sempena sambutan Tahun Baru Cina..
Macam-macam gelagat yang boleh dilihat semasa cikgu-cikgu ini menulis..lihatlah gambar-gambar di bawah...
Ustazah pun tidak ketinggalan menyertainya...
Para pelajar bukan berbangsa Cina juga turut memeriahkan tulisan kaligrafi cina ini...
Semangat 1 Malaysia..
Gembira sungguh cikgu ni bila dapat menyiapkan kaligrafi ini...
Ini hasil tulisan kaligrafi saya ( yang sebelah kanan tu..) dan kawan saya... Tulisan inilah yang menang tempat
ke 5...terkejut saya...ingatkan main-main aje...
Selepas itu, masing-masing mendapat sebiji limau..
Memang menyeronokkan apabila dapat menyertai pertandingan yang melibatkan pelbagai kaum ini..secara tidak langsung memupuk dan menyemai semangat 1 Malaysia dalam jiwa guru-guru dan para pelajar..
SELAMAT TAHUN BARU CINA...
2 ulasan:
wahh bestnya cikgu.. apa lah maksudnya tulisan tu yeee?...
kalau ada peluang macam nak belajar sekali bahasa cina..maksudnya cuma naga dan rumah..tu aje yg tahu..
Catat Ulasan