Selasa, Julai 17, 2012

Baru Tahu Telur Penyu Bahaya....

Berebut-rebut kawan-kawan saya mahu membeli telur penyu ketika membeli belah di Pasar Payang, Kuala Terengganu, Terengganu...

Saya kurang berminat untuk membeli telur ini sebab saya rasa geli untuk memakannya...

Telur ini hanya boleh direbus sahaja... tidak boleh digoreng.. ini kerana telur ini tidak akan keras..tetap macam jelly sahaja...

Turtle eggs for sale
Gambar pinjam kat Google..

Semasa saya menghadiri taklimat di pusat santuary penyu di Rantau Abang, Terengganu, saya diberitahu  bahawa telur penyu yang dijual di Terengganu bukan berasal dari penyu yang bertelur di negara ini. Dahulu, penjual mendapat bekalan dari negeri Sabah..Namun selepas Kerajaan Malaysia mengharamkan penjualan telur penyu ini, peraih mendapatkan belakan dari negara lain seperti Indonesia..

Dah memang sahlah bahawa telur penyu ini dari negara lain!...

Dan satu lagu, maklumat yang kami terima semasa taklimat tersebut...bahawa telur penyu ini sangat bahaya untuk kesihatan...Menurut kajian yang dilakukan bahawa  kandungan dalam telur penyu ini boleh menyebabkan penyakit BARAH....

Kami semua terkejut....bagi yang dah terbeli, berbelah bagi untuk memakannya...

Apa-apa pun, melalui lawatan ini, saya mendapat info dan pengalaman yang sungguh bernilai dalam hidup saya..




7 ulasan:

Be Simple Beb(BSB) - threeQ berkata...

telor penyu lembik tak lalu nak telan...nasib baik saya tak gemor.

Ita Rossi berkata...

kita seringkali terlupa untuk memikirkan mengapa penyu menangis ketika bertelur? Alasan yang selalu diberikan ialah..dia sedih sebab nak tinggalkan telurnya. Yang tersirat ialah..telurnya boleh menyebabkan penyakit barah jika dimakan.
Wallahhualam...

Ita Rossi berkata...

yang tersirat...penyu menangis bukan kerana bimbang nak meninggalkan telurnya tapi bimbang telurnya dimakan manusia yang akan menyebabkan penyakit barah. Wallahhualam...

sofia aziz berkata...

owh,,bru sofia tahu.thanks 4 da information :)

Tanpa Nama berkata...

Saya pergi ke pusat perlindungan penyu di rantau Abang.. Telur penyu yang kita membeli adalah telur seludup

Tanpa Nama berkata...

Dari Filipina sampai ke Sabah,Indonesia.Malaysia mahu telur penyu dijual.Warga filippina memakan dagingnya.bukan itu sahaja,penyu ternampak bot kipas dan ia terus pergi ke bot itu.penyu terlanggar bot kipas sampai daging terkeluar.ada termakan oleh haiwan musuh.

Tanpa Nama berkata...

Betul

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...