Terbayang juga beg-beg sekolah yang bergantungan di kedai-kedai yang menjual barang keperluan tersebut.
Berbagai jenama yang ada mengikut kemampuan ibu bapa para pelajar untuk membelinya.
Sekarang, saya dapati terdapat budaya baru di sekolah saya yang semakin menular dengan penggunaan beg berfesyen..Sebenarnya pemakaian beg sebegini tidak dibenarkan dan telah tercatat di buku peraturan pelajar.
Namun mungkin pelajar ini mahu mengalahkan cikgu...agaknya...
Lihatlah...
Cantik tak?
Simple tapi tetap vouge
Sesuai ke dengan pelajar?
Muat ke dengan buku-buku pelajar ni?
Gambar ini saya ambil dengan hand phone aje..ini semasa semua pelajar tidak dibenarkan berada di dalam kelas dan mungkin pelajar ini tinggalkan di dalam kelas supaya para cikgu tidak nampak..
Biasalah pelajar tingkatan 5... dah besarkan...
Rasanya minggu ini, kami kena kumpulkan para pelajar yang menggunakan beg sebegini untuk diberi amaran...
Tak sesuailah....kamu semua baru belajar lagi....
3 ulasan:
tuuuu dia!!!
tak pernah terfikir kak diorang boleh pakai beg gini.
agaknya sebab saya dok kat ulu, jadik tak nampak suasana sekolah menengah.
Nampaknya pihak sekolah kena buat sesuatu
Heeeheee dah mengalahkan cikgu.
bukan main lagi bergaya orang ni ya?
Catat Ulasan