Seronok tika pertama kali dapat memegang seekor anak penyu tanpa rasa geli dan takut...
Memang tidak dapat digambarkan...
Pengalaman ini, saya rasai semasa melawat pusat perlindungan dan pemeliharaan penyu di Rantau Abang, Terengganu minggu lepas...
Ramai kawan-kawan saya dan para pelajar memegang anak-anak penyu ini walaupun pada mulanya merasa geli ...tapi akhirnya , mereka tersenyum gembira...
Kami juga berpeluang melepaskan anak-anak penyu ini ke laut...
Rasa sedih pula ketika melepaskan penyu ini ke laut...sedih sebab dalam beratus-ratus penyu yang dilepaskan, hanya seekor dua sahaja yang boleh membesar dan hidup...yang lain menjadi makanan haiwan pemangsa lain..
Bila semua anak-anak penyu ini sudah masuk ke laut, kami semua bertepuk tangan tanda kepuasan....
Puas dapat melihat dan merasai sendiri pengalaman yang semamngnya sukar untuk dinikmati oleh orang lain...
Kredit pada tuan pun gambar : Cikgu Suhana..
3 ulasan:
org tganu sendiri tak penah pegang anak penyu ni
Saya dah pernah g sini, sebelah tempat ni ada chalet Teratai Inn kot tak silap nama dia, kawan saya punya.Akak stay kat mana?
WC : untung kan...mmg sukar skrg nak pegang penyu nie..
Norinaomar : Saya stay d Marang guest house...
Catat Ulasan