Sabtu, September 29, 2012

Lawatan ke Universal Studio Singapura..

Ini cerita lama..tapi saya nak abadikan juga dalam blog saya ini...

Pada 15hb September yang lalu, keluarga saya telah diberikan kesempatan untuk pergi ke USS ..memang rancangan yang tidak disangka-sangka pun.. Bulan Syawal pun belum habis lagi, sudah berjalan lagi ke Singapura..Walhal, kedudukan kewangan sudah berada dipenghujungnya...saat-saat genting.

Namun disebabkan hasrat untuk  melawat tempat tersebut pada tahun lepas tidak tertunai dan banyak sangat halangan, jadi pada tahun ini bila seorang cikgu  menawarkan pakej pelancongan ke sana, saya memang tidak melepaskan peluang tersebut...

Seperti biasa, saya  membawa semua ahli keluarga saya seramai 7 orang untuk melawat negara orang..

Memang satu pengalaman yang sangat "best"...dengan RM200 untuk dewasa dan RM165 untuk kanak-kanak..dengan pengangkutan pergi balik diuruskan.....akhirnya saya sampai juga ke Singapura...

Perkara wajib apabila tiba sahaja  di USS ni. mesti bergambar di sini...mercu tanda...Kalau dah masuk ke sini jangan lupa mengambil "goodies bag"... percuma sahaja...namun ramai pengunjung tidak tahu berkenaan hal ini dan terus masuk...dalam goodies bag tersebut, kita akan dibekalkan dengan sebotol mineral air  250ml, tanglung dan bag uss ...Kami beruntung kerana kami juga mendapat baucer makanan percuma sebanyak S$10 setiap seorang dan S$5.00 untuk pembelian cenderahati...

Bergambar dengan orang putih untuk watak "apatah"...tengok orang lain bergambar , kita pun beratur juga...

Sempat bergaya berlatarbelakangkan  zaman firaun...memang cantik..

Sungguh seksi perempuan ini berpakaian...tapi kami tetap nak bergambar jugak...percuma dan tidak dikenakan sebarang bayaran...Untuk masuk dan merasai keadaan dalam piramid, anak-anak saya sahaja yang masuk..ini disebabkan 2 anak kecil saya tidak mencapai ketinggian yang dibenarkan....Jadi,  saya terpaksalah berkorban...


Setelah penat melayan anak-anak mencuba pelbagai permainan dan  rumah bertema, waktu untuk makan pula walaupun sudah lewat...Hati-hati dengan pemilihan kedai makan di USS ini...ada yang halal dan ada yang tidak halal...Jadi  kita mesti tengok logo halal dalam  pamplet yang diberikan...Sangat penting tau...
Walaupun kadar tukaran wang kita sangat tinggi namun untuk makan sangat berbaloi...kebetulan kami mendapat baucer makan 10 dollar Singapura untuk setiap seorang...sudah cukup menjimatkan wang kami..


Pukul 6 petang beberapa jalan telah ditutup..kami pun berasa sangat hairan melihat ramai pengunjung beratur di tepi-tepi jalan...saya yang kepenatan pun mencari tempat yang strategik untuk duduk juga..rupa-rupanya, ada perarakan yang dipanggil "The Walk of Frame - Hollywood"..di sini, semua watak-watak dalam USS akan berjalan di jalan ini...
Jangan lupa untuk membeli botol-botol air yang pelbagai saiz dan mengikut watak-watak..Semakin besar saiz bermakna semakin mahallah...tetapi paling mahal pun berharga S$29.90..isimewanya, jika kita membeli botol-botol air ini, mereka akan mengisi air yang ditawarkan di  kios-kios terbabit.. dan kita boleh "refill" semula air yang telah habis dengan hanya bayaran S$2.00 sahaja di mana-mana sahaja di dalam USS...



Sesungguhnya,  kunjungan kami satu hari  ke sini merupakan satu kunjungan yang tidak dapat kami lupakan..sangat menarik...jika diberi peluang, kami ingin pergi ke sana sekali lagi kerana banyak lagi tempat-tempat yang menarik belum kami rasai dan berkesempatan masuk dek halangan waktu yang terbatas...

Lupa pula, untuk pengunjung Islam, disediakan juga surau untuk menunaikan solat...

* wasalam *


5 ulasan:

NUR berkata...

Bestnya dah pergi sana..
Surau tu yg penting..
Toilet ok ke?

Tinta Emas berkata...

Toilet nya sangat banyak dan sungguh bersih...tapi hanya ada satu pintu sahaja yang menggunakan air paip yg lain banyak gunakan tisu tandas...

Unknown berkata...

wahhh. terujanya Ayu

byk pengalaman y cikgu kongsi, klu kesana ayu kn ingat

ps: biar lama rombongan cikgu.. namun akhirnya dikongsi dlm blog, selain ayu tahu ianya diabadikan u kngnn cikgu...

besttt kan berblog..

Tinta Emas berkata...

walaupun blog ini sesekala bersawang namun tetap juga nak berblog...

JESS berkata...

Terima kasih kongsi pengalaman. :) Sekiranya ada yang ingin melawat Singapura & untuk dapatkan Pakej Budget atau tiket-tiket pada harga PROMOSI seperti USS - GARDEN BY THE BAY - CABLE CAR - SEA AQUARIUM - SKYLINE LUGE - SINGAPORE ZOO - LEGOLAND - HONG KONG DISNEYLAND & banyak lagi, boleh hubungi saya atau melawat page Love Travel di www.facebook.com/lovetravel86 . Keep in touch .
.
Jessica Abdul, Love Travel, Tel: +6012-776 0219 / +6017-7055381, Email: jessica.travel8686@gmail.com,
.
Web:
>> www.facebook.com/lovetravel86 & >> http://lovetravel-love.blogspot.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...