1hb Disembar 2012 petang, saya menerima sms mengatakan kawan lama saya telah meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya di Mersing, Johor.
Memang mengejutkan..lebih-lebih lagi membaca sms sebegini. Untuk mengesahkannya, saya meng"sms" beberapa kawan-kawan lama yang lain melalui "fb"..memang sah..
Tetiba, rasa sedih melanda...kenangan semasa sekelas dengan allahyarham mengimbau kembali...teringat kata-kata terakhir dia...sangat sedih...
Sekampung, sebaya dan sekelas semasa tingkatan 6 di Sek Men Tun Habab, Kota Tinggi...
Esoknya, saya en suami membeli akhbar Harian Metro. Di muka hadapan terpapar berita mengenai kemalangan ini..sangat sayu saya membacanya...
Dalam keadaan umur sebegini, seorang demi seorang kawan-kawan mula dipanggil Illahi..
Tak tahu nak bicarakan lagi sebab sebak untuk menyimpulkannya..
Semoga roh arwah sekeluarga ditempatkan dalam kalangan orang2 yang beriman..
Al-Fatihah...
1 ulasan:
Semoga ditempatkan dlm kalangan org2 beriman...amin
Catat Ulasan