Perjalanan kehidupan yang penuh onak dan duri ...membawa kebahagiaan hingga ke akhirnya..
Isnin, Disember 24, 2012
Kena Pilih Sosej yang Halal..
Sosej memang makanan segera yang diminati oleh anak-anak saya. Kata orang makanan zaman moden ni..
Golongan kanak-kanaklah yang paling suka memakan sosej ini. Para peniaga juga suka menjual sosej kerana penyediaannyamudah dan mendapat untung yang banyak.
Isu mengenai halal haram sosej ini memang sudah lama diperkatakan. Semakin diperkatakan, semakin banyak pula produk sosej dikeluarkan dengan pelbagai jenama.
Selalunya bagi keluarga saya, saya sukamembeli produk sosej jenama "Ayamas"..Tetapi baru-baru ni, produk sosej keluaran ini juga telah dipertikaikan..
Justeru itu, terpanggil pula saya ingin berkongsi maklumat yang saya dapat di "fb" baru-baru ini..
Marilah kita tengok senarai sosej yang tidak halal dimakan.. sebagai pengguna Islam, kita sudah semestinya memilih produk-produkyang halal untuk dimakan oleh kelurga kita..
Berikut adalah senarai jenama sosej yang tidak halal ( yang dikenalpasti disalut dengan usus khinzir ):-
* Jenama Gourmessa keluaran Deluxe Food Services Sdn Bhd.
* Jenama Muller's Haus keluaran German delicatessan - Subang
* Jenama Dew Fresh keluaran OmcorpSdn Bhd - Bukit Angkat Kajang
* Jenama Puteri keluaran Puteri Pan Pacific
* Jenama Miami butcher House keluaran Miami Butcher House - Batu Feringgi
* Jenama Maspac keluaran Pacific Refgerating Sdn Bhd
Terpanggil saya dengan isu ini...saya terfikir, sosej-sosej yang dijual di kantin-kantin sekolah anak-anak kita tu dan di pasar-pasar malam...halalkah?
Kadang-kadang kita tidak dapat memantau apa yang dimakan dan kesahan halalharam makanan di kantin sekolah anak-anak kita itu..Seperti yang kita maklum, para peniaga ini hanya mahukan untung yang banyak sahaja..Mereka selalunya membeli barangan yang murah tanpa melihat kualiti produk. Jika ada tanda halal, terus mereka membelinya...
Sesekali kita sebagai ibu bapa yang perihatin, kita pergi ke sekolah anak-anak kita dan cuba merasa sosej yang disediakan...sedap atau tidak?
Dari situ, kita tahu gred sosej yang digunakan....tepuk dada tanya selera...
Sekian untuk kali ini...wasalam
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
2 ulasan:
Betul tu, biasanya pengusaha kantin hanya pentingkan keuntungan saja!
Biasa juga beli sousage tp jenama ramly! Dan pastikan dibungkusan ada cop halal JAKIM.
Betul tu, biasanya pengusaha kantin hanya pentingkan keuntungan saja!
Biasa juga beli sousage tp jenama ramly! Dan pastikan dibungkusan ada cop halal JAKIM.
Catat Ulasan