Terasa panas semakin mencengkam..terik sesangat kan?
Kadang-kadang mahu sahaja duduk di bawah air-cond lama-lama..tapi memandangkan tarif elektrik sudah semakin tinggi, terpaksa dilupakan...
Dalam-dalam panas terik bulan ini..banyak pulak pokok-pokok pelam atau mempelam yang berbunga..sangat lebat pulak bunganya..
Tahun ini rasanya pertama kali pokok mempelam di hadapan rumah saya berbunga banyak...macam tidak percaya juga dengan bunga yang banyak itu..
Pokok pelam depan rumah saya.. |
Tapi bila pokok ini terletak di luar pagar, bermakna buahnya juga akan dikongsi dengan pejalan kaki yang melalui jalan tersebut.. Pagi semalam, ketika saya menyidai kain, orang bangla yang lalu kat depan rumah saya sudah tunduk-tunduk menjengok buah pelam tersebut...
Tak apalah..saya sedia berkongsi..mudah-mudahan pokok ini akan dapat berbuah lebih banyak di tahun hadapan..
Kalau yang minta izin tu baguslah..saya izinkan.. tapi janganlah bawa guni pula..
Yang tidak minta izin pula..saya halalkan...
Jumpa lagi..
1 ulasan:
Cuaca panas ni agaknya sesuai untuk mepelam berbunga.
Catat Ulasan