Ahad, Mac 20, 2011

Berus Cat Tak HALAL???

Sebenarnya, minggu ni saya dan suami sibuk mengecat rumah. Bukannya baru beli rumah baru tapi kerana dah tak tahan dengan mata yang asyik sakit melihat kekreatifan anak-anak saya yang menjadikan dinding di ruang tamu sebagai papan lukisan mereka.

Sebenarnya senario seperti ini, telah biasa saya alami.. bayangkan dengan anak2 yang semakin membesar...sekarang tinggal dua anak kecil sahaja yang belum memahami kebersihan dinding bagi mereka.

Tak sabar rasanya hendak melihat mereka membesar supaya saya dapat mendekorasikan rumah saya mengikut citarasa saya...

Saya sendiri pun tidak tahu berapa lama cat di rumah saya ni boleh bertahan daripada lukisan-lukisan kreatif anak-anak saya...Semasa saya mengecat ruang tamu , anak lelaki saya sibuk melukis di dalam bilik saya...memang kreatif...ada gambar budak perempuan, gambar kereta api.....

***********************************************

Bercakap mengenai berus cat cat nie...saya ingin kongsikan pengalaman saya...

Bila saya tiba sahaja di kedai jual cat, saya dan suami mula meminta mencari-cari warna yang bersesuaian dengan rumah saya tu...kadang-kadang saya mertanya juga pandangan taukeh kedai cat tersebut..

Selepas saya dan suami mendapat cat yang sesuai, suami saya mulah mencari berus cat yang mempunyai bulu berus berwarna putih keemasan...apabila saya melihat berus tersebut saya pun bertanyalah dengan taukeh kedai tersebut..

"Ini berus, guna bulu apa?? bulu binatang ( babi ) yang you makan tu ke?"

"Memanglah ma!, semua berus cat memang dari binatang inilah..."

Saya terkejut, saya pun cakap dengan suami saya.."bang, ini berus bulu binatang tu lah..."

Suami saya terkejut juga..."yea ke?...tak kan panjang sangat bulu binatang tu???"

"Ya lah bang.....taukeh ni cakap dah!"

Ini Contoh berus cat bulu binatang tuuuuu.....

"Haiyaaa.....saya tak mahu berus cat nilah....ada berus cat lain ke???"

Lalu taukeh kedai taukeh kedai cat jerit kat pembantu melayu dia..."Mat, you ambikkan berus cat halal punya..."

So, si pembantu melayu tu ambilkan berus cat yang berbulu hitam pulak...

"Taukeh!, berus ni betul-betul ke bukan berus binatang you tu???"

"Betulah ma....you cuba tengok ini cop halal ada kat berus cat tu..."

Saya memang nampak ada cop halal

dekat pememang berus cat tersebut... barulah saya beli berus tersebut...

Tapi sebelum tu saya mintak maaf dengan taukeh tersebut sebab menyinggung perasaan taukeh tersebut...kerana saya ada bercakap macam gini...

"Taukeh! saya tak mahu berus yang ada bulu binatang you tu...ini rumah sayalah...saya tak mahu dinding rumah saya kena bulu binatang tersebut...Kalau berus tempat lain, saya tak kisahlah...Ini bulu binatang saya tak boleh guna...you jangan marah ya..."

Nasib baik taukeh tu tak marah saya....

Tapi yang saya geram ialah pembantu melayu tersebut...tak kan tak tau yang saya ni orang islam...dah tentu dia pun tahu yang berus tu tak halal...cakaplah cepat-cepat...ini tidak diambilnya berus tersebut untuk saya!

..

Saya sendiri pun tak dapat membayangkan jika saya membeli berus tak halal tu...bayangkanlah....anak-anak kecil saya akan berebut-rebut untuk memegang berus tersebut...selepas tu, dia bermain2 berus cat tersebut sambil mengiggit2....

Kalaulah saya guna juga berus tersebut, macam ne saya nak samak yea...

Sabtu, Mac 19, 2011

Siapa yang tak pernah stress?????

Siapa yang tidak pernah stress???

stress kat tempat kerja....stress nak ujian, stress nak belajar, stress nak mengajar dan macam-macam lagi...

saya sendiri pun pernah stress juga....banyak kali pulak tu....masa zaman persekolahan dulu2, saya stress nak belajar..takut kena marah dengan bapa saya yang sememangnya garang sangat sehingga saya sendiri takut nak tunjukkan buku rekod saya kalau ada warna merah...pernah dulu, buku penyata saya tu dilemparkan ke luar sbb ada satu merah iaitu matematik...

Semasa belajar kat universiti pula, saya stress jugak...hidup sorang-sorang sahaja...duit tak ada...komputer tak ada...yang ada mesin taip aje....nak keluar ke bandar pun takut...kalau gagal exam lagilah malu dengan kawan2 kat kolej...macam-macam lagi....

sekarang dah kerja, lagilah stress....semakin banyak kerja...bukan menangani seorang pelajar sahaja tapi ramai pelajar...kerja pekeranian tu melambak-lambak..kadang-kadang sampai tak terkejar...

Tapi saya cukup kasihan , jika terdapat pelajar yang stress...kalau mereka stress, kadang-kadang boleh meracau...macam orang gila...Teringat saya sewaktu kami guru-guru membuat kursus di hospital tampoi ( sakit mental ) . selepas kursus, kami membuat lawatan ...saya terlihat seorang budak lelaki termenung ditepi tingkap yang seperti penjara tu...kasihan dengan budak lelaki tersebut...dengar cerita SPM dapat 9 A tapi lepas tu jadi gila...

Kasihan juga dengan pelajar-pelajar kat sekolah yang akan menghadapi peperiksaan PMR dan SPM...mesti mereka stress kan??? ..masa nilah hati mereka tak tenang, semangat mereka juga akan kucar kacir...mereka perlukan kita sebagai pendidik dan ibu bapa untuk menyokong mereka...tapi bagaimana kalau ibu bapa mereka bercerai???...

********************************************************

Cara Menangani stress belajar.....

1. Perasaan Seronok belajar

Sekiranya kita mampu menjadikan diri kita seronok untuk belajar dan diajar, kita tidak akan terasa stress. Ini kerana kita sentiasa seronok untuk hadir ke kelas setiap hari, dan dapat memberikan tumpuan semasa belajar.Perasaan seronok belajar pula boleh didapati daripada banyak cabang, yang paling utama adalah diri kita, kemudian guru, kawan-kawan dan persekitaran. Niatkanlah bahawa kita ikhlas belajar ingin mendapat ilmu, serta jangan terlalu serius sehingga menekan diri.

2. Menjaga Masa

Kelemahan menjaga masa boleh menyebabkan kita stress. Apatah lagi sekiranya kita terlibat dengan pelbagai aktiviti ko-kurikulum. Kita terasa perlukan masa lebih daripada 24 jam. Bagaimana nak hadiri mesyuarat, menyiapkan tugasan serta pelbagai lagi tugasan. Rasa-rasa kiri kanan belakang depan semua nakkan masa kita.Namun begitu sekiranya kita fikirkan masa tak cukup, kita akan semakin stress. Jadi carilah masa, aturlah masa kita sebaik-baiknya. Bagi saya semakin banyak tugas yang perlu disempurnakan, kita akan lebih berdisiplin dalam menjaga masa.

3. Pandangan Positif terhadap Guru

Pastikan kita menerima kekurangan dan kelebihan guru. Ini adalah penting agar kita cuma memiliki pandangan positif kepada orang yang memberi ilmu kepada kita.Selagi kita positif kepada guru, segala ilmu yang diajar akan senang meresap masuk ke dalam hati kita. Ini dapat mengelakkan kita merasa tertekan, serta hormati mereka sebagai orang yang lebih tahu daripada kita.

4. Jangan fikirkan masalah lain

Kadang-kadang kita memikirkan permasalahan diluar kawalan kita. Masalah keluarga, adik-beradik, kawan-kawan serta pelbagai lagi masalah. Semakin kita fikir, kita makin tertekan, ada yang berfikir sehingga ia memakan diri sendiri.Ada orang yang mengira ia sebagai tanda simpati kita kepada mereka. Sebenarnya jika kita kurang memikirkan perkara diluar kawalan kita, kita akan lebih tenang dan dapat menumpukan sepenuh perhatian kita kepada pelajaran

Apa yang perlu kita lakukan ialah mencari penyelesaiannya. Sebagai contoh kita miskin, tidak mempunyai cukup duit untuk makan, kita boleh berkongsi makan dengan kawan-kawan yang senasib kita.

5. Fokuskan keinginan diri.

Pastikan kita fokuskan apa yang ingin kita capai dalam hidup ini, serta berusaha untuk mencapainya. Sentiasa motivasikan diri sendiri dengan mengambil pelajaran daripada kesusahan orang lain.Ingat selalu hadis Rasulullah; "Lihatlah orang yang dibawah dari kamu, dan jangan melihat orang yang diatas dari kamu" .

Sekiranya kita berfikiran begini, kita akan berasa bersyukur dan sentiasa berusaha memperbaiki diri ke arah yang lebih baik. Ia dapat mengelakkan diri daripada stress, kerana sekiranya kita asyik melihat orang yang lebih dari kita, kita akan kurang bersyukur. Hati akan terasa tidak cukup dengan apa yang Allah kurniakan kepada kita.Semakin banyak kita mengucapkan kesyukuran kepada Allah, DIA akan melipatgandakan kurniaan-NYA kepada kita

6. Belajar Berkumpulan

Belajarlah secara berkumpulan, ia lebih baik daripada sendirian. Kawan-kawan boleh memberi keceriaan kepada kita, malah mampu membetulkan kesilapan kita.Percayalah bila kita berada dalam kumpulan kita akan lebih mantap dan kuat. Kadang-kadang kita terasa malas untuk menyiapkan tugasan kita, tapi bila ada kawan belajar bersama-sama kita akan menyiapkannya lebih cepat.

7. Mengajar kawan-kawan

Pengalaman mengajar kawan-kawan juga sangat membantu saya. Ini kerana sesiapa yang ingin mengajar perlu menyiapkan diri, mengulangkaji, membuat ringkasan tajuk serta pelbagai lagi perkara positif. Ikatan ukhwah terlalu rapat, malah ada yang mampu menarik kawan-kawan lain turut belajar bersama.Malah setiap kali mengajar, Allah bukakan hati kita untuk lebih memahami apa yang kita ajarkan. Memang sesiapa yang berkongsi ilmu tidak akan berkurang ilmunya, malah dilipatgandakan ilmu tersebut

8. Keredhaan Ayah Bonda dan keluarga

Bila kita ikhlas dalam setiap kerja kita, kita akan mampu meyakinkan ibubapa dan keluarga. Ini menambahkan keredhaan mereka kepada kita. Doa restu mereka juga dapat membantu memantapkan lagi usaha kita.Jadikan ibubapa kawan kita, dengan berkongsi pengalaman kita. Ini kerana mereka lebih tahu dan memahami siapa kita, anak yang dijaga semenjak kecil lagi

9. Doa dan Yakin

Berdoalah selalu selepas berusaha, moga Allah merahmati segala usaha kita. Kita juga perlu yakin bahawa Allah akan memakbulkan doa-doa kita.Insya Allah keyakinan dan kepercayaan tidak berbelah bahagi kepada kekuasaan Allah, akan memberi keputusan positif kepada kita.

Sebagaimana sabda Rasulullah dalam hadis Qudsi: "Aku bersama sangkaan hamba-KU..."Selain itu terdapat pelbagai lagi cara menangani stress masa belajar, carilah teknik yang paling bersesuaian dengan kita dan amalkannya. Insya Allah dipermudahkan segala urusan kita.

*************************************************************

Ini pula kaedah menghadapi stress berlandaskan ajaran islam

1.menjaga solat fardu lima waktu dan memperbanyakkan solat sunat.

Secara saintifiknya solat merupakan suatu tempoh masa 'aman dan damai' di mana seluruh tubuh dan minda seseorang terfokus kepada sesuatu (kepada Allah SWT).

Gerakan-gerakan dan keadaan minda dalam solat berupaya menghalang pengaliran keluar hormon-hormon seperti Cortisol, Epinephrine dan Norepinephrine daripada kelenjar adrenalin yang bertindak balas terhadap sebarang tekanan.

Solat turut membantu memberi intervensi positif terhadap sistem pernafasan, aliran oksigen dalam badan, degupan jantung, dan gelombang otak.

Daripada konteks Islam, dengan mendirikan solat fardu lima waktu dan dilengkapkan dengan amalan solat-solat sunat yang pelbagai, seseorang itu akan diberikan pertolongan oleh Allah SWT dalam sebarang kesukaran seperti mana firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 153 maksudnya: "Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar.'

2. dengan amalan berzikir seperti bertakbir, bertahmid, bertasbih dan sebagainya merupakan amalan yang mampu menenangkan jiwa sebagaimana jaminan Allah SWT dalam surah ar-Ra'd ayat 28 maksudnya: "(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.'

3. mengamalkan mendengar, membaca dan menghayati akan tafsir al-Quran. Diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda bahawa, 'al-Quran adalah penawar kepada kesakitan minda' (riwayat Bukhari).

Membaca al-Quran sendiri memberikan ketenangan kepada pembaca malah kepada sesiapa yang mendengar bacaannya apatah lagi jika ayat-ayat Allah itu difahami, dihayati dan dijadikan panduan dalam kehidupan. Ini adalah kerana al-Quran (dan al-hadith) merupakan sumber teragung dalam merungkaikan segala permasalahan manusia.

4. meletakkan keyakinan bahawa kehidupan dunia ini adalah sementara dan akhirat jua tempat yang kekal selama-lamanya.

Dengan cara ini, jiwa akan terasuh untuk menyedari bahawa apa sahaja yang berlaku di dunia ini baik ia bersifat positif ataupun negatif adalah sekadar 'warna kehidupan dunia yang tidak kekal lama' dan akan mendapat balasan yang setimpalnya di akhirat kelak.

Tekanan yang dihadapi di tempat kerja akan menjadi sesuatu yang terlalu kerdil jika dibandingkan dengan apa yang akan dihadapi di Padang Mahsyar kelak. Diri kita akan sentiasa takutkan azab api neraka dan berusaha mencari keredhaan-Nya dan dimasukkan ke dalam syurga.

5. dengan amalan berdoa, memohon keampunan dan menyerahkan segala apa yang telah diusahakan bagi mengatasi tekanan diri untuk ketentuan-Nya. Allah SWT berfirman dalam surah al-Ghaafir ayat 60 bermaksud: Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan hina."

Jika diri kita telah bersungguh-sungguh cuba mengatasi tekanan, mengikut saluran dan kaedah yang tepat, maka kita juga perlu bersifat tawakkal dan ikhlas menerima segala ketentuan-Nya.

Kesimpulannya, walau sebesar manapun masalah atau kesukaran yang menyumbang kepada tekanan di tempat kerja, kita perlu sedar bahawa ianya boleh dihadapi dengan jayanya jika tindak-tanduk kita menepati syariat Islam.

Firman Allah SWT dalam surah al-Fajr, ayat 27-30 yang bermaksud: "Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya. Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan) lagi diredai (di sisi Tuhanmu). Serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hambaku yang berbahagia. Dan masuklah ke dalam Syurgaku." Jika hati dan pemikiran kita sentiasa bersandarkan kepada sifat tawaduk, yakin dan syukur kepada Allah SWT, maka diri kita akan diberikan petunjuk dan hidayah-Nya dalam menangani segala tekanan tersebut.

*******************************************

Cubalah mana yang anda rasa boleh untuk hilangkan stress.....semoga berjaya...

Jumaat, Mac 18, 2011

Sweet pomegranates bufday bloglist

Emmm merahnya buah delima nie....kali ini yang empunya buah delima ni ada buat bloglist kat blog dia...Cikgu CTE nak join jugaklah...

Kalau nak join klik lah gambar diatas...

syaratnya mudah sahaja...

ikut je kat bawah...

Nama saya ialah Cikgu CTE

Nama blog saya ialah Catatan Tinta Emas

Ini e-mail saya : siti_yusran@yahoo.com

Ini pulak alamat blog saya : http://pondoksiti.blogspot.com

Saya nak tag cikgu dan bakal cikgu kat bawah nie..

cikgu teratai

Cikgu Suraya

laman muslimah optimis

dan cikgu2 yang berminat...

JOM!!!!

tarikh tutup : 20hb Mac 2011

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...