Memaparkan catatan dengan label catatan tentang segmen dan bloglist. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label catatan tentang segmen dan bloglist. Papar semua catatan

Isnin, Jun 11, 2012

Tengok gambar pun jadilah...

Impian ingin bertemu sudah lama terpendam dalam hati ini...

Mengenali blogger ini memang suatu yang sangat tidak dijangka sama sekali.. Bermula pada  tahun 2011, beliau beria-ia mengajak saya pergi ke perjumpaan para blogger Johor ke Sedenak..Namun dek kerana terdapat halangan yang tidak dapat dielakkan, saya terpaksa menolaknya...

Selepas itu, beberapa kali saya ingin  berjumpa dengan beliau, namun tetap tiada kesempatan...walhal beliau sering kali pergi ke Johor Bahru..hanya FB saya tempat kami berkomunikasi..

Beberapa minggu lepas, saya terjah ke Felda Sungai Sayong... saya tahu memang beliau tiada di rumah kerana beliau pulang ke kampung...melilau-melilau mata saya mencari  kedai makannya...namun tidak berjumpa juga...

Akhirnya, saya diberitahu oleh blogger ini bahawa kedainya berada di belakang stesen minyak...

Semalam, kawan saya yang tingga di Bukit Ramun telah mengirimkan gambar ini..


Kawan-kawan tahukan siapa blogger ini....tengok gambar kedai pun jadilah...

Siapa lagi kalau tak..CITARASA RINDUAN

Mudah-mudahan kita akan berjumpa juga yea...Insya Allah..

Sabtu, Jun 11, 2011

BA : JOM KENAL BLOG SAYA

jOM kENAL bLOG sAYA
bLOG sEdERhANA
tAk sEHEBAt bLOG eN bEN aSHaaRI..
sILA LAH mASUk
jANGaNLAH sEGAn

Selasa, Mei 17, 2011

Terima kasih Citarasa Rinduan

Tak sangka saya, saya akan dapat kad ucapan hari guru dalam dunia blog ini....

Terima kasih kepada CITARASA RINDUAN diatas kesudian beliau untuk merekacipta kad hari guru ini...Saya baru saja tahu ada kad ucapan untuk saya bila saya berkunjung ke blog cikgu-cikgu yang lain...

Lagi pula, sebelum hari guru saya agak sibuk untuk update entry dalam blog saya...so saya tak berkesempatan untuk blogwalking kat blog kawan2kawan...maaf yea...

Banyak kali juga ayu aka CITARASA RINDUAN nak berjumpa dengan saya...tapi masih jua tidak berpeluang.

Dulu beliau ada mengundang saya untuk pergi bersama-sama pergi ke Sedenak, rumah Mat Gebu untuk perjumpaan blogger selatan bersama En Ben ...tapi saya ada halangan..

Lepas tu, beliau juga nak berjumpa dengan saya masa majlis perkahwinan anak saudaranya Juliana di Felda saya...Tapi masih lagi tak ada jodoh...sebab saya tak balik kampung..

lepas ni, kalau beliau pergi bandar JB, bolehlah beliau call saya...Insya Allah saya akan usahakan..

Ataupun beliau adakan makan-makan untuk semua blogger????

Sabtu, Mei 14, 2011

Ben Ashaari Ucap Selamat Hari Guru

Ben Ashaari ucap selamat Hari Guru

Sebelum saya menjadi seorang cikgu nie, saya belajar di Sek Ren LKTP Felda Air Tawar 5 dari darjah 1 hingga darjah 6 . Disebabkan di Felda saya tiada sekolah menengah, so saya pun bersekolah pula di Sek Men Bandar Mas, Kota Tinggi, Johor sampai tingkatan 3. Dah lulus tingkatan 3, saya berpindah pula ke Sek Men Air Tawar di Felda Air Tawar 2. Kat sekolah tu sampai ke SPM..Keputusan SPM saya baik dan diterima ke tingkatan 6 tapi berpindah sekolah lagi ke bandar Kota Tinggi iaitu di Sek Men Tun Habab.

Dengan Keputusan STPM yang tak seberapa, saya dapat masuk ke Universiti Utara Malaysia di Kedah pada tahun 1990 hingga 1994. Lepas keluar , saya bekerja dahulu..Selepas seronok bekerja selama 4 tahun, barulah hati tergerak untuk menyambung semula pelajaran dalam bidang pendidikan..Saya sambung Diploma Pendidikan di Universiti Teknolongi Malaysia, Skudai , Johor pada tahun 1998. Dan akhirnya pada tahun 1999 saya di posting ke Sek Men Keb Taman Daya dan rasmi menjadi seorang guru...

Sekarang saya mengajar di Sek Men Keb Taman Daya 2, Johor Bahru sejak tahun 2003 lagi...

Sebenarnya, saya dah hampir lupa dengan nama guru-guru saya..mungkin disebabkan faktor usia saya agaknya...tapi saya tak boleh lupa dengan satu cikgu lelaki ini yang telah menolong saya mengisi borang memasuki Universiti dari A sampailah ke Z..Kata orang mungkin saya cuci kaki sahaja..dan mungkin pada pandangan guru terbabit, saya mempunyai potensi untuk memasuki Universiti...Saya hanya datang ke sekolah untuk menandatangani borang dan memberikan salinan sijil2 saya sahaja...Betapa beruntungnya saya dan budi cikgu tersebut tak mungkin saya lupakan selama-lamanya...Saya akan mencari cikgu tersebut untuk mengucapkan ribuan terima kasih saya..

Kalau nak ceritakan tentang pengalaman saya menjadi guru, rasanya terlampau banyak..lebih-lebih lagi saya adalah guru disiplin...Saya pernah hampir dibaling dengan kerusi oleh seorang pelajar lelaki sekolah saya...hampir sahaja....kalau nak tau bolehlah layari entry-entry saya ini..

Terima kasih kerana sudi membaca...

Selamat Hari Guru

Ahad, April 03, 2011

BLOG NI SAYA RASA PATUT POPULAR LAA ..

Lagi nak join segmen blogger muda nie...

Sementara nak buat dapatan kajian kerja Kursus Geografi SMKTD2

5 blog yang saya rasa patut popular dan kenapa ?

  1. Ini blog seorang blogger wanita yang tak mengenal penat..CITARASA RINDUAN..Nama empunya blog ialah ayu. saya sangat menghormati beliau kerana beliau memang pemgomen tegar blog saya..Beliau juga banyak membantu saya supaya terus mencatat di blog saya...beliau juga tidak lokek ilmu serta sentiasa membantu blog-blog orang baru...

    Ini blogger wanita yang saya hormati, saya banyak belajar daripada blog beliau...Blog beliau dikenali sebagai Kalam Hati...Banyak entry beliau yang sangat menarik dan tertarik-tarik untuk saya membacanya...Saya belajar bahasa kelantan di blog ini..

    Ini Blog seorang blogger wanita yang baru menyertai dunia blogger..Nama beliau Siti, Seorang guru yang ingin berkongsi pengalaman, pengetahuan dan macam-macam lagi..Entry beliau banyak berkenaan cabaran kehidupan hari ini dan hari depan (^_^)

    Ini Blog seorang blogger lelaki yang dikenali sebagai padlie...Blogger ini, tidak menjadi follower saya namun sering datang untuk memberikan pendapat dan cadangan yang sememangnya logik berdasarkan fakta dan pengalaman beliau...Dan saya kagum dengan beliau ialah seorang yang ...kliklah sendiri....

    Ini blog seorang blogger wanita yang sangat baik...nama beliau ialah fida...kenapa saya kata dia baik kerana saya tak pernah mengenali dia tapi dia tetap melayan saya seperti sudah lama kenal...seorang yang peramah dan ceria..Seorang yang paling banyak membantu saya dalam hal menyertai segment en Ben...

    Pada pendapat saya , apa yang patut dilakukan untuk popularkan sesebuah blog itu ?

  2. Aktif berblog.-Sentiasa aktif membuat entry yang berguna dan menarik perhatian pembaca. Kerap berjalan-jalan ( Blog walking ) - Sentiasa kerap menjengah blog orang lain supaya mereka juga menjengah blog kita..tinggalkan jejak atau memberi komen... Buat entry yang menarik. -Sentiasa memikirkan tajuk yang menarik perhatian dan intipati yang memberi input berguna kepada pembaca.. Berkawanlah dengan blogger popular... -Kerap menggunjung blog2 orang popular untuk mempromosikan diri..

    Pentingkah populariti sesebuah blog dan kenapa ?

  3. Penting bagi yang mencari populariti tapi pada saya kalau entry yang dibuatnya menarik dan memang orang Malaysia cari dalam Google Search, pasti blog tersebut akan popular...

GEGAR 1 RIBU BLOG APRIL - BERMULA!!!

Inilah entry saya yang paling pendek!!!!

Dengan rendah diri, saya menyertai cabaran dunia blogger.....

sila klik banner di atas untuk keterangan lanjut...

Jumaat, Mac 18, 2011

Sweet pomegranates bufday bloglist

Emmm merahnya buah delima nie....kali ini yang empunya buah delima ni ada buat bloglist kat blog dia...Cikgu CTE nak join jugaklah...

Kalau nak join klik lah gambar diatas...

syaratnya mudah sahaja...

ikut je kat bawah...

Nama saya ialah Cikgu CTE

Nama blog saya ialah Catatan Tinta Emas

Ini e-mail saya : siti_yusran@yahoo.com

Ini pulak alamat blog saya : http://pondoksiti.blogspot.com

Saya nak tag cikgu dan bakal cikgu kat bawah nie..

cikgu teratai

Cikgu Suraya

laman muslimah optimis

dan cikgu2 yang berminat...

JOM!!!!

tarikh tutup : 20hb Mac 2011

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...