Ahad, Disember 26, 2010

Emmmm Sedapnya MEE SIZZLING

Jika saya dan anak-anak pergi ke Tesco, Tebrau..anak-anak suka makan mee sizzling yang terdapat di medan selesanya... Selalunya, saya order tanpa telur..kerana harga 1 biji telur agak mahal..kalau saya menambah telur..saya kena menambah 80 sen lagi..rugikan... Tengoklah ..betapa sedapnya anak saya makan mee sizzling ini...sampai dia tidak perasan dengan orang sekeliling dia... Sebenarnya, pada 2 tahun yang lepas, saya pernah mengikuti bengkel masakan di Taman Sri Skudai..Bengkel ini dikendalikan oleh Mak Ngah yang cukup dikenali di UTM..Mak Ngah merupakan pengusaha kedai makan yang besar di depan kawasan latihan Palapis UTM..Diantara resepi yang saya belajar ialah Mee Sizzling...Saya belajar memasak mee ini bukanlah hendak membuka kedai makan tetapi hanya memasak untuk hidangan keluarga sahaja..Ada beberapa resepi mee yang lain saya belajar seperti mee rebus, mee bandung dan mee kari..Resepi yang lain akan saya berikan di masa lain.. MEE SIZZLING Bahan-bahannya:- 600gm cendawan kering ( direndam semalaman ) 10 tangkai cili kering ( basuh dan terus poyong ) buku / 2 inci halia ( di racik halus-halus ) 100gm bawang merah kisar ( lebih kurang 1 sudu besar ) 100gm awang putih kisar 50 gm halia kisar 3 sudu makan serbuk lada hitam 3 sudu makan minyak bijan 200gm sos tiram 4 liter air 2 sdm / 2 kiub pati ayam Daging ayam ( sesuka hati ) 150gm tepung ubi ( cairkan dan tuang ikut kepekatan ) garam gula perasa kicap pekat ( ikut hitam ) Cara-caranya :- - Tumis halia racik, cendawan dan cili kering potong sehingga naik bau. Kemudian barulah masukkan bahan kisar. - Bila semua sudah sebati, masukkan ayam, sos tiram, pati ayam, kicap pekat dan serbuk lada hitam - Bila ayam sudah masak, masukkan pula minyak bijan, garam dan perasa. - Akhir sekali baru pekatkan dengan tepung ubi… - Siap untuk dihidangkan di hot plate atau pinggan biasa je.. - Kalau suka masukkan telur sebelum matikan api…lagi sedap.. Cubalah...saya sudah banyak kali membuatnya..kira okeylah rasanya..cuma kat rumah saya tidak ada hot plate..so bila kuahnya sudah masak..saya akan ambil kuali yang kecil sedikit..letak yee mee atau mee kuning..and then saya masukkan sedikit sayur..selalunya sayur yang saya masukkan ialah kubis atau daun salad yang macam bentuk kobis tu...pas tu masukkan kuah sampai tutup mee tersebut..panaskan sedikit, bila dah mendidih ..pecahkan satu biji telur di tepi mee sampai masak sikit jee..pas tu masukkan dalam mangkuk yang rendah...Yum..yum...apalagi makanlah...

1 ulasan:

suzieapai berkata...

k yam, sy pun suka mkn sizzling mee tu..tpkan, kt tesco s alam lg sodappp and murah ckit compare kt sini..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...