Khamis, Mac 03, 2011

Katakan TIDAK pada minyak masak kitar semula

Pernah dengar minyak masak kitar semula?

Selalunya minyak kitar semula ni dijenamakan semula dan di bungkus kecil-kecil ( 1 kg sepeket )..Kebanyakan surirumah tidak tahu mengenai perkara ini...

Kebiasaannya, minyak masak tersebut dijual oleh pihak hotel kepada pemborong. Pemborong pula menjual semula kepada pengilang untuk dibungkus semula. Saya pernah bertanya kepada pekerja mcdonalds dan selepas melihat sendiri tokey cina dengan van buruk ambil minyak terbuang dari sana kemudian dicampur dengan minyak dari kedai-kedai lain yang diambil sekitar kawasan saya pada pulul 2 pagi. Mesti apek tersebut ambil minyak dari restoran cina yang bersepah dekat area sini. ( kenyataan dari blog terkini bersama )

Perlu anda ketahui bahawa ada hotel yang menyediakan masakan 'pork'. Di khuatiri sekiranya minyak masak tersebut telah dicampurkan dengan minyak masak yang lain dan dibungkus semula untuk dijual pada harga murah.

Bayangkanlah...kita membeli minyak hasil gorengan benda-benda yang tidak halal dan apabila dikitar semula jadilah minyak jernih dan juga diletakkan label HALAL...

Betapa gelinya.....Haram pulak tu......

Jadi sambutlah kempen katakan TIDAK pada minyak masak kitar semula...............

Tahukah anda jika anda menggunakan minyak masak kitar semula?

  • mengulang penggunaan minyak masak bukan sahaja mengurangkan kualiti sesuatu makanan, malah kandungan minyak masak yang telah digunakan mengandungi komponen radikal bebas yang bersifat Karsinogenik ( menyebabkan penyakit kanser )

  • Kajian juga menunjukkan sejenis toksin yang dikenali sebagai 4-hydroxy-trans-2-nonenal ( HNE ) akan dihasilkan apabila minyak masak dipanaskan ( daripada minyak masak ) dikait menyebabkan risiko pelbagai penyakit seperti penyakit Kardiovaskular, Strok, Parkinson, Alzheimer's dan kegagalan fungsi hati dan kanser..

Jika begitu, sisa minyak masak ni boleh dibuat apa???

Sebenarnya, sisa minyak masak ni boleh dijual kepada satu syarikat yang mengendalikan sisa minyak masak untuk industri Biodiesel. Syarikat tersebut ialah CGV Industries yang telah banyak melibatkan diri dalam beberapa kempen Kitar Semula.

Misi utama kempen ini adalah bagi memberi kesedaran kepentingan kitar semula dan menyalurkan maklumat mengenai kaedah yang dapat mengekalkan serta memelihara alam sekitar dari segala bentuk pencemaran.

Apa faedahnya??

  • Mesra alam kerana biodiesel melepaskan kurang karbon monoksida ke lapisan ozon.

  • mengurangkan pelepasan sisa toksik yang akan mencemar sungai, sistem perparitan dan boleh mengundang penyakit yang disebabkan oleh pencemaran air.
  • alam sekitar lebih terjamin dengan penggunaan biodiesel kerana biodiesel boleh dijadikan bahan bakar alternatif bagi menggantikan petrol dan diesel yang semakin berkurangan.
  • kitar semula kepada biodiesel boleh mengurangkan penggunaan sisa minyak dijadikan sabun mandi, shampoo, produk kosmetik dan minyak masak.
  • kenderaan diesel boleh menggunakan biodiesel tanpa perlu mengganti peralatan melainkan penapis.

  • kemudaratan kesihatan akibat dari pencemaran asap hitam kenderaan boleh dikurangkan secara menyeluruh.

Bagaimana anda boleh membantu??

Sisa minyak masak yang ada dirumah anda tu janganlah dibuang..lebih-lebih lagi jika anda seorang peniaga...Jika anda membuangnya ke dalam longkang atau parit , sudah semestinya air akan tercemar..

jadi, tolonglah simpan di dalam tong khas dan jual kepada syarikat tersebut...malah jugalah sebab satu tong penuh ( yang disediakan oleh syarikat terbabit ) , anda boleh dapat RM30.00.
Anda cuma perlu call sahaja untuk mendapatkan tong2 tersebut..

Khidmat ini ada diseluruh negara.. pihak kantin kat sekolah saya telah menyertai dan menyokong program ini..anda bila lagi???

Hubungi mereka di talian ini 03-51224399.

"Ke arah Keseimbangan Ekologi dan Alam sekitar"

Wasallam

13 ulasan:

najwa's berkata...

wah, bes ni. tak tau la plak ada org kutip waste minyak ni. ingtkan faber je dtg kutip hazardous waste. :) :)

A.s.t.i.n.a berkata...

Cikguuuuuu.. i love youlah.. kalau tak saya tak tahuu sobss sobss

Unknown berkata...

selamat malam cikgu cte

baru ayu tahu wujud kes macam nie..kitar semula..
subhanallah..terima kasih berkongsi..di CR tak ada minyak kitar semula,sebab pakai habis..

KNS berkata...

Tak sangka minyak pon ade yg kitar semula..
thanks info =D

Tinta Emas berkata...

najwa; saya pun baru tahu bila dilantik guru penasihat pendidikan alam sekitar..

Tinta Emas berkata...

astina: i love u 2....

Tinta Emas berkata...

Ayu : lebih baik pakai habis...

Tinta Emas berkata...

nasuha: saya pun tak sangka ada minyak yang macam gini...

kesian ngan orang2 kampung yang masih tak tau lagi...lebih baik kita war-warkan...

Tanpa Nama berkata...

I do trust all of the ideas you've presented for your post. They are really convincing and can definitely work. Nonetheless, the posts are too short for novices. Could you please lengthen them a little from next time? Thank you for the post.
My webpage - Hainan Airlines

Tanpa Nama berkata...

Excellent post. I was checking continuously this blog and I am impressed!
Extremely useful information particularly the last part :
) I care for such info a lot. I was looking for this particular info for a long time.
Thank you and good luck.
Feel free to visit my web page :: bacalao

Tanpa Nama berkata...

Hey there! Do you know if they make any plugins to protect against hackers?
I'm kinda paranoid about losing everything I've worked hard on.
Any suggestions?
Here is my web-site ; cocina moderna

Tanpa Nama berkata...

Perkara ini telah pun berlalu di http://usa.chinadaily.com.cn/epaper/2011-06/30/content_12809193.htm Ngeri, geli dan menakutkan!

Sha Nazri berkata...

Salam kenal..
Tertarik dengan post pasal minyak masak ni..Minta izin sy share di blog sya..
tellingstory11.blogspot.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...