"HENOCH SCHORNLEIN PURPURA"
Inilah penyakit yang menimpa anak ketiga saya..Nurul Aqilah...
Menurut kata doktor, penyakit ini terhasil daripada sistem imun kita sendiri...Apabila kita sakit, imun kita cuba melawan kuman yang terdapat dalam badan.. akan tetapi apabila imun kita melawan sistem dalam tubuh kita juga, maka terhasillah penyakit ini..Doktor hanya panggil penyakit ini sebagai HSP sahaja...
Akibatnya, darah anak saya pecah di bawah lapisan kulit..Mula-mula hanya bintik-bintik kecil sahaja kemudian dalam masa yang singkat merebak seperti lebam-lebam.. Bila dah merebak nie, automatik anak saya tidak boleh berjalan..Terus saya bawa ke hospital dan di tahan...Sebelum itu, tangan anak saya sudah membengkak...menanggis saya subuh hari tersebut bila melihat kesakitan yang dialami oleh anak saya itu...
Sebenarnya, kejadian ini berlaku pada hari krismas yang lalu.. dan sudah seminggu, lebam-lebam di kulit anak saya masih tidak hilang lagi...Jalan pun masih perlahan seperti orang baru bersalin...
Mudah-mudahan anak saya ini dapat bersekolah seperti biasa pada hari rabu ini...
4 ulasan:
dah lama tak menjengah kat blog kak CTE..tak pernah dengar penyakit ni,mudahmudahan aqilah cepat sembuh dan dapat sekolah hari rabu nanti
aduhai sedihnya lah bila anak2 sakit kan...terutama penyakit yg jarang2 kita tengok. Mudah-mudahan anak cikgu CTE cepat sembuh n dpt ke sekolah hr rabu ni...
cepat sembuh yahh dan selalu berdoa kepada sang pencipta ,,salm kenal
kesiannya... sabarlah, teruskan mencari penawarnya.
Catat Ulasan