Kesan ini akibat penyakit kencing manis yang dihidapi oleh emak saya.
Alhamdulillah, sudah semakin mengecil dan semakin baik..
Tahun lepas, luka ini sangat besar sehingga sukar untuk berjalan. Luka akibat penyakit ini memang sukar untuk sembuh dalam masa yang singkat kecuali jika kita kuat berpantang makanan yang berlemak dan manis..
Alhamdulillah, luka ini sudah semakin mengecil dan emak saya sudah boleh berjalan dan melakukan aktiviti yang disukainya iaitu yasinan...
Tapi, emak saya masih dikehendaki berpantang dan memakan ubat yang dibekalkan oleh klinik kerajaan.
Sebagai anak, saya sentiasa mendoakan kesihatan emak saya semakin baik...
3 ulasan:
hmm sedih tgk..semoga mak akak cepat sembuh..amin
semoga penyakit mak TE akan terus sembuh ya
Terima kasih KH dan WC...
Catat Ulasan