Sebenarnya, kedai buah tersebut baru sahaja dibuka..mungkin secara haram agaknya pada hujung tahun lepas..yang anehnya, begitu cepat kedai buah tersebut membesar...lebih-lebih lagi semasa tahun baru cina yang lepas..
Walaupun saya setiap hari melalui jalan tersebut, tidak terlintas pula hendak membeli buah-buahan di situ..namun petang semalam boleh pula rasa macam nak singgah sekejap..Kebetulan anak-anak sudah lama minta belikan buah pulasan.. RM10 bagi 3 kilo..kira bolehlah makan buah pulasan... kalau sudah singgah situ, mata pun berkeliaranlah nak mencari buah yang lain...kebetulan tuan punya kedai memberikan beberapa biji buah cempedak yang telah dibuka untuk dirasa...lalu belilah buah tembikai...
RM6.00 sekilo...mahalnya ..( saya rasalah...) belilah sebiji buah cempedak yang sederhana besarnya...macam ringan aje...tapi kena bayar RM9.00 sebiji!!!! bayar ajelah...
Malam semalam, saya pun bukalah untuk digoreng...
Sedih-sedih.....hanya sebelah sahaja yang ada butiran-butiran kecil buah cempedak!
Bila dikira-kira tak sampai 20 biji pun buah cempedak tersebut... terasa sangat-sangat... kalau beli cempedak goreng di warung pun dapat lebih daripada tu...
Lain kali beli yang siap digoreng ajelah atau tunggu harga cempedak jatuh....
Dahulu, mak saya suka menjerukkan kulit buah cempedak tersebut...mula-mula mak saya akan membuang kulit yang mengerutu itu dahulu...kemudian diletakkan dalam telap yang diisi air serta garam... setelah beberapa hari bolehlah dikeluarkan untuk dimasak goreng ke ringbersama bawang dan ikan bilis serta lada besar..Tapi kulit tersebut mestilah diracik atau dikoyak-koyak halus... sedap.. ( saya tak pasti samaada masakan orang jawa atau orang banjar..)
Pernahkah anda rasa masakan tersebut?