Ahad, Julai 31, 2011

KELIRU dan CELARU

Syukur alhamdulillah, selesai sudah saya bertungkus lumus menanda kerja kursus geografi bagi pelajar-pelajar sekolah saya.

Mana tak sempatnya saya menanda, dahlah sibuk dengan sukan sekolah, masa nak raptai tulah juga pentaksir daerah nak datang memantau bagaimana penandaan kerja kursus ini. Jadi terpaksalah menyiapkannya juga.

Nasib baik pentaksir tersebut merupakan rakan lama saya. Jadi, tiada masalah besar yang saya hadapi cuma saya perlu perbaiki objketif kajian untuk kerja kursus ini.

Saya ingatkan masalah ini sudah selesai dan saya sudah bersedia dengan kerja-kerja lain yang masih tertangguh. Malangnya, hari jumaat yang lepas, sekali lagi sekolah saya dikunjungi dengan seorang pentaksir negeri pula. Pentaksiran kali ini lebih teliti.

Sebagaimana yang dijangka, saya sekali lagi dikehendaki membetulkan beberapa kesilapan lagi terutamanya untuk bahagian peta daerah pula seperti INI. Selain itu juga saya juga perlu menambah sedikit tajuk kajian serta mengubahsuai rumusan pelajar.

Rasanya minggu hadapan saya terpaksa memulangkan semula kerja kursus ini dan membuat pembetulan.

p/s: Nampaknya saya masih lagi tak tenang.....

3 ulasan:

Ce'gu JAERA berkata...

banyakkan bersabar ya cikgu.. mmg banyak dugaan dalam kerjaya guru ni..

anyway selamat berpuasa buat cikgu Tinta Emas.. moga ramadhan ini akan menambahkan amal dan ibadah kita.. selamat berpuasa.

Ikhlas ~Gen2Merah~

Tinta Emas berkata...

Inilah pengorbanan namanya kan...

selamat berpuasa juga buat Gen2merah..

Unknown berkata...

SALAM RAMADHAN utk cikguCte sklrg..
lama tak dengar khabarmu.

PS: kasihannya, dah lah kerja khusus banyak...
moga2 cikgu sentiasa sucess dlm apa jua yang cikgu lakukan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...