Khamis, Mei 17, 2012

Hadiah Hari Guru Paling Bernilai

Salam bertemu kembali..

Selamat Hari Guru kepada kawan-kawan yang bergelar guru..Bersyukur ke hadrat illahi sebab pada tahun ini saya menerima hadiah yang paling istimewa dari pihak sekolah..

Hadiahnya berupa satu sampul surat di bawah ni...


Didalamnya terdapat wang tunai ...RM100.00 sebanyak 2 keping dan sekeping RM50.00.

Hadiah ini bukanlah  kerana blog saya ini...Ini blog peribadi, jadi tidak boleh masuk bertanding..

Jadi, selama dua minggu saya menghambakan diri  dengan alam maya ini untuk mereka blog  panitia sekolah yang baru . 

Syukur alhamdulillah, dengan pengalaman dan pengetahuan berblog selama lebih kurang dua tahun, saya akhirnya dapat membuat satu blog untuk memasuki pertandingan ini..

Blog yang simple tapi saya pastikan padat pengisiannya dan sesuai untuk rujukan  pelajar-pelajar buakan sahaja untuk pelajar sekolah saya tetapi para pelajar satu Malaysia...

Kalau ada masa, tengoklah blog di bawah..

PANITIA GEOGRAFI

Kalau ada apa-apa pandangan untuk tujuan penambahbaikkan, dipersilakan..

Terima kasih kerana meluangkan masa...

Wassalam

3 ulasan:

Gen2Merah berkata...

wahh, tahniah cikgu,.. saya pun sedang mengusahakan untuk memantapkan blog sekolah saya... harap blog paniti Gegrafi SMK taman Daya 2 ini akan menjadi sumber rujukan inspirasi kepada kami warga sekolah,..

tahniah ya cikgu.. salam Hari guru 2012

alizaarif berkata...

salam...wah tahniah cikgu tie...teruskan usaha anda ye...walau pun dah lambat wish u happy teacher day.....

ariana berkata...

Tahniah! satu usaha yg murni..dan Slmt hari guru..sori dh agk terlambat sikit..:)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...