Isnin, Julai 09, 2012

Untung Ada Jiran...

Hari minggu lepas, saya pulang ke kampung untuk menghadiri kenduri tahlil perempuan pada waktu petang..Sudah lama emak saya tidak membuat apa-apa kenduri kerana masalah kesihatan diri yang tidak mengizinkan..

Alhamdulillah, majlis tahlil berjalan lancar dengan cuaca yang terang tanpa hujan..walhal sejak dua menjak ini, cuaca tidak dapat diramal...sentiasa hujan tidak mengira  masa..

Sebenarnya, saya begitu suka dengan cara jiran-jiran rumah emak saya.. almaklumlah duduk di kawasan felda..budaya bekerjasama dan tolong menolong antara jiran atau penduduk kampung masih kuat dan utuh lagi.. tidak seperti kita yang duduk di bandar ini...

Pepagi lagi, jiran-jiran emak saya sudah datang membawa pisau untuk membantu memasak apa yang ada...orang Johor panggil "rewang"...

Seronoknya ketika bab kuih muih ...macam gambar di bawah ini....


Banyaknya......

Semua kuih muih ni, diberi oleh jiran tetangga...emak saya langsung tidak membuatnya..

Selepas kuih ini disusun, masih terdapat beberapa kuih lagi yang dihantar oleh jiran ..untuk kuih karipap sahaja terdapat empat jenis karipap dari jiran yang berlainan....sampai saya sendiri tidak tahu nak letak di mana...

Walaupun kuih ini banyak namun semua kuih-muih ini licin di pinggan sebab setiap tetamu akan dibekalkan dengan  plastik kosong untuk diisi dengan kuih muih untuk dibawa pulang... tidak membazir kan?

Tapi...

Amalan ini tiada lagi di bandar-bandar...

Sedihkan?..


2 ulasan:

Citarasa Rinduan berkata...

alhamdullilah..
murah rezeki mak cikgu CTE..

memang rasa sangat makmur bila menjadi warga felda.. apabila bulan syaaban/rejab.. berkongsi dan bersama2 menyemarakkan suasana..

tak cukup kunjungan dan perut dibuatnya.. hehhehe.

padlie berkata...

Kat bandar dah xde semangat kekitaan.. Sebab tu sy pilih kerja di area kampung, hidup bermasyarakat..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...