Rabu, Disember 26, 2012

Cantik dengan Kolagen?


Sejak dua menjak ni,  "fb" saya penuh dengan iklan-iklan yang tidak diundang mengenai produk-produk mengenai kolagen. Masing-masing ingin menarik perhatian supaya kita membacanya dan seterusnya membeli produk mereka.

Siapa yang tidak mahu cantik?..kalau sudah dinamakan perempuan, memang keinginan untuk sentiasa dipandang cantik itu tetap ada walaupun sedikit...betul tak?

Saya pula memang sudah lama menghadapi masalah jeragat yang teruk...mungkin kerja saya menghadap komputer yang menyebabkan muka saya begini kot...entahlah, saya agak sahaja.. faktor jeragat ni banyak... tidak perlulah saya huraikan...

Mula-mula saya mahu berkongsi cerita tentang produk di bawah ini..

    "Rumpai Laut"

Ini kolagen asli dari laut..Jika kita hendakmemakainya, kita hendaklah memasak dahulu produk ini  untuk di minum dan disapukan di mukasetiap hari...mudah bukan..

Harganya pun murah ..kira-kira RM25 sahaja...

Rumpai asli ni saya dapat "free" sahaja dari  adik saya.. dia mencadangkan kepada saya  untuk saya memakainya..

TAPI...

sampai sekarang saya tidak membuat apa yang disuruhnya...malas sesangat...



Ini produk yang ramai  pelakon dan penyanyi Malaysia telan.Penyanyi Adira tu dah putih melepak sejak amalkan produk ini...memanglah kita akan cepat tertarik kalau ada testimoni yang berjaya putih kesan penggunaan produk ini..

TAPI..

Produk ni sangatlah  mahal... RM240.00  kalau jadi ahli bolehlah  dapat RM220.00.
Produk ini kena makan dengan satu lagi produk utama SNE yang bernilai RM200.00...Semua sekali kira-kira RM440.00...mahalkan?

Tapi kawan saya dealer produk ini ...Cikgu Mahani  ( boleh dapat harga ahli..hi hi hi )...saya baru pakai sebulan...trial dulu...





Ini pula produk yang popular jugak.. Harganya lebih kurang RM180.00...Mahal jugak..
Produk ni dipromosi oleh kawan "FB" saya iaitu cikgu Nor Arba'ayah Ramli..Ini kawan masa saya ambil Diploma Pendidikan di UTM, Skudai JB...

Sudah menjadi usahawan berjaya rupa-rupanya dia..Tahniah..jadi dealer produk ni jugak...Seorang yang baik dan berterus terang... kalau dia cakap baik, memang betullah produk tersebut berkesan...bukan bohong...

Saya sedang fikir-fikirkan produk ini...



Produk ini digunakan oleh adik ipar saya , Maria Kasim yang mengajar di Sarawak..Baru-baru ni dia datag ke rumah saya dan membeli produk ini..

Yang ini..murah jugak..tempohari saya jejalan ke Giant, Plentong..cuba tanya produk ni... sekarang sedang promosi  2 kotak cuma RM50.00 sahaja...murah kan?

Tapi saya hanya tanya sahaja...

Kesimpulannya, banyak sangat produk kolagen sekarang ini.. tak tahu mana satu yang hendak digunakan..Cuma apa-apa produk kolagen yang digunakan tu janganlah palsu kalau tidak bukan cantik yang kita dapat malah lebih teruk pulak tu...





3 ulasan:

Zana Ariana berkata...

Mmg produk kecantikan mcm cendawan lps hujan dipasaran ye..kebetulan sy baru nak mencuba kolagen rumpai tu,tp sy minta tlg rebus kan terus, upah tambahan cuma rm 2 je..

citarasa rinduan berkata...

asalam cikgu..
serius ada 2-3 produk y cikgu syer saya dh try.

tapi belum ada izinnya..

cuma y gambar ptama.. serius mmg bunyinya sukar kn rebus bagai.. tapi kesannya.. superrr

CikguGeo berkata...

Saya cuba yang perlu direndam dan direbus tu. Memang ada kesannya. Yang ketara, kulit, rambut lembut dan rambut saya kurang sangat gugur. Sakit badan bila lama dudukpun sudah sangat berkurangan. Dijual dengan harga rm50 sekilo..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...