Sedari tahun lepas lagi rokok elektonik ni sudah
popular.   Orang cakap, rokok elektronik
ni  membantu perokok tegar mengurangi
ketagihan merokok..betul  ke?

Macam betul jugak…Seperti 
en suami saya, saya dapati  hanya
sekali sekali sahaja en suami saya merokok . 
Tapi tabiat merokok menggunakan rokok elektroniknya  macam biasa aje..
Dari satu bentuk ke satu bentuk yang canggih, en suami saya
beli…habis beratus-ratus jugalah duit tu.. macam membazir sahaja…
Itu cerita tentang en suami saya..
Baru-baru ini, saya terserempak sekumpulan pelajar yang
menghisap rokok elektronik ni semasa mereka berjalan menuju ke
sekolah..Kebetulan saya menggunakan jalan yang sama jadi saya Nampak dengan
mata saya sendiri.. Saya hanyalah 
membunyikan hon dan bergerak perlahan…saya lihat sekumpulan pelajar tersebut  berebut-rebut menyembunyikan rokok elektronik
tersebut..
Cikgu sebelah petang pula membuat spot-check  kepada semua pelajar lelaki tingkatan 2. Ada
pula pelajar yang tertangkap kerana membawa rokok elektronik.
Pelajar-pelajar sekarang pun sudah tahu menghisap rokok ini
walaupun mahal harganya..
Wah...hebatkan para pelajar sekarang?
Walaubagaimanapun, rokok elektronik ini tetap rokok juga. maka, ia tetap barang larang ke sekolah dan  tetap akan dikenakan tindakan tegas juga..

 prettygreeting
prettygreeting 
 

