Khamis, Ogos 11, 2011

Bulan membazir...

Percaya atau tidak...tanpa kita sedari, kita banyak berbelanja pada bulan ini. Banyak perbelanjaan kita adalah untuk membeli makanan juadah berbuka puasa.

Perasan atau tidak, bagi yang tidak memasak di rumah, mereka sudah semestinya berbelanja sekurang-kurangnya RM10 sehari. Bagi yang sudah berkeluarga, saya rasa mereka berbelanja lebih daripada RM30 setiap hari.

Saya sebenarnya tidaklah berkira tentang berapa banyak wang dihabiskan untuk membeli juadah berbuka puasa tersebut. Apa yang saya ingin perkatakan di sini ialah makanan yang dibazirkan. Terutama sekali kuih muih...

Setelah seharian kita berlapar, bila kita pergi ke bazar ramadhan, mata kita sudah menjadi rambang melihat pelbagai jenis kuih muih dan makanan-makanan lain.

Semua hendak dimakan...

Akhirnya, semasa berbuka sudah tidak larat hendak menghabiskan apa yang dibeli, jadi makanan tersebut terbiar sehingga masa bersahur. Apabila sudah terlalu lama terdedah, maka makanan tersebut dibuang ke dalam tong sampah...

Bukankah satu pembaziran.....

******************************************

Geram dengan peristiwa petang tadi...

Petang tadi, saya pergi ke pasar raya SMARTs kerana hendak membeli bahan-bahan untuk memasak juadah berbuka puasa hari ini..Apa yang saya nampak :.....

* Seorang pekerja lelaki melayu yang menjual daging lembu telah duduk di bawah meja jualan untuk menghisap rokok....

* Seorang wanita melayu bertudung sedang duduk menghirup air di bahagian belakang meja jualannya di bazar ramadhan.. Agaknya dia tak sedar saya lalu di belakang dia... kalau dah tak tahan nak minum tu janganlah minum di hadapan orang ramai...

Nasib baik mulut saya ni tak "laser"...kalau tak dah kena mereka itu....

7 ulasan:

whitecappuccino berkata...

betul tu..kadang apa yg kita nampak semua rasa sedap..beli..pastu tak habis, buang..

Kalamhati berkata...

hmm kesal dgn tindakan penjual2 tu..tak hormat bulan Ramadhan..cemana nak berkat berniaga..kita nk beli pun tak jd dgn org mcm ni kan..huhu

Tinta Emas berkata...

WC: memang betul2 membazir....
KH: Saya pun tak beli kat gerai dia...pengajaran untuk anak2.

norinaomar berkata...

kalau puasa biasanya saya beli sekeping je kuih kalau teringin sangat..
belum ada kesempatan nak ke pasar ramadhan lagi..

CikguGeo berkata...

rasanya kalau saya, saya akan tegur..hehe

teratai berkata...

kecewa dgn sikap peniaga2 yg x puasa ini, menjatuhkan maruah org Islam je dimata non muslim!

padlie berkata...

kalau bulan biasa, saya belanja RM7 - RM8 sehari untuk makan.. Bulan puasa ni lebih RM10 lak..

pelik lak..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...